Sunday, 29 November 2020

No-Bake Tiramisu Cheesecake



      Assalamualaikum semua.... Pejam celik, pejam celik dah sampai hujan bulan 11. Sebulan lagi nak masuk tahun baru. Rasa cepatkan masa berlalu. Yang rasa cepat masa berlalu ni pun sebab covid19. Kalau tak ada covid19 mesti dah buat macam-macam kat luar tu... Bila dah terhad nak kemana-mana ni yang aku start buat blog balik... Kalau tak, tunggu dekat nak raya baru aku nak update.... Sekarang ni baru dok cuba-cuba rajinkan diri... Berbalik pada resepi hari ni, aku ada buat tiramisu. Tapi versi cheesecake... Uhhh sedapnya bila makan tiramisu cheesecake ni... Kalau kat resepi asal dia cuma letak satu lapisan ja biskut ladyfingers tu. Aku letak dua lapisan sebab ada banyak lebihan biskut tu... Ikut la kalau nak letak satu lapisan atau dua lapisan... Terpulang... Kalau ada sapa-sapa yang nak mencuba resepi ni boleh tengok kat bawah tu... Byeee....




No-Bake Tiramisu Cheesecake

Ingredients

The Coffee
1 cup warm water (250 ml)
2 tbsp instant coffee

The Base
5.3 oz digestive biscuits (150 gr)
1/4 cup unsalted butter (60 gr), melted

The Cheesecake
10.5 oz full fat cream cheese (300 gr), room temperature
10.5 oz mascarpone cheese (300 gr), room temperature
1 1/2 cup icing sugar (180 gr), sifted
1 tsp vanilla extract
3/4 cup whipping cream min 35% fat (190 ml), chilled
1 tbsp powder gelatin (10 gr) or type/quantity that sets 2 cup (500 ml)

Others
few ladyfingers biscuits
some cocoa powder


Instructions

The Coffee
  1. Mix warm water and coffee well. Separate 3 tbsp of coffee mixture into another bowl. Set aside.
The Base
  1. In a food processor, blend the digestive biscuits into fine crumbs. Pour into a bowl and add in butter. Mix well.
  2. Pour the mixture into a 7 inch (18 cm) springform pan. Press and compact evenly to the base. Place in the freezer for 30 minutes.
The Cheesecake
  1. Add cream cheese and mascarpone into a bowl and whisk for a few minutes until they're light and fluffy. Then add in icing sugar and vanilla extract. Mix well to combine. Set aside.
  2. In another bowl, add in whipping cream and whisk it until soft peaks. Pour the whipped cream into the cream cheese mixture and mix just to combine. Don't over mix. Set aside.
  3. Add powder gelatin into the bowl that contains 3 tbsp coffee mixture and mix. Leave for 5minutes for the gelatin to soak. After that heat the mixture in microwave until the gelatin is totally dissolved.
  4. Take a few tsp of cream cheese mixture and add into gelatin mixture. Mix well. Then pour gelatin mixture into cheesecake mixture and immediately mix just until well combined.
  5. Pour ⅓ of the mixture into our prepared pan. Spread evenly. Soak ladyfinger one at a time for 2 seconds in the coffee mixture and then arrange them on top to cover the surface. Then  sprinkle generously with cocoa powder.
  6. Put another ⅓ of the mixture on top and spread evenly. Place the balance of mixture into a piping bag and pipe some balls on top of the surface. Chill in the fridge overnight or 12 hours or until it fully sets. ( Cara aku buat, letak 1/4 cream, susun biskut, letak 1/4 cream, susun biskut & letak cream. Kalau ada lebihan cream paipkan atas kek )
  7. Once set, sprinkle the cheesecake with cocoa powder. Remove it from the pan, slice and enjoy!






Friday, 20 November 2020

Chocolate Banana Bread



      Assalamualaikum semua... Hari ni tema resepi masih guna pisang lagi... Ni pun sebab ada lebihan masa buat kek carrot pisang hari tu... Kalau biar macam tu ja pisang ni kompem jadi hitam sebab bukan nak makan sangat... Tapi kalau buat kek mesti cepat habis... Bila tengak nama resepi ni mula-mula agak pening sikit. Yela, ada perkataan bread kat situ... Ingat nak kena uli doh dah... Padahal cuma main campur-campur ja bahan-bahan tu... Kek ni nampak macam padat, tapi agak moist... Macam kek coklat tapi letak pisang... Ganding pulak dengan coklat chip & kacang walnut lagi la umphhh... Kalau sapa-sapa ada lebihan pisang & tak tau nak buat apa boleh cuba resepi ni... Selamat mencuba....






CHOCOLATE BANANA BREAD
Resepi: Joy of Baking
Dirujuk dan terjemahan : Ummi @ Home Sweet Home

Bahan:-
1/2 cup (55 gm) kacang walnut/pecan - ( dipanggang dan cincang )
1 3/4 cawan (230 gm) tepung serbaguna
1/4 cawan (30 gm) serbuk koko
1 cawan (200 gm ) gula pasir ( ganti gula perang )
1 sk. baking powder
1/4 sk. soda bikarbonat
1/4 sk. garam
1/2 cawan (85 gm) chocolate/white chips
2 biji telor (gred A) - dipukul sedikit
1/2 cawan (113 gm) - mentega tanpa garam - cairkan dan biar sejuk
3 biji pisang ranum (454 gm), dilecek (sukatan lbh kurang 1 1/2 cawan)
1 sk. esen vanila


Cara-Cara:-
  1. Preheat oven dengan suhu 180 C dan letakkan rak di tengah2 oven. Gris dan taburkan tepung dalam loaf pan saiz 9 x 5 x 3 in (23 x 13 x 8 cm), ketepikan.
  2. Bakar kekacang walnut/pecan dalam oven lebihkurang 8 - 10 mnt hingga garing sikit.Sejukkan dan cincang kasar.
  3. Dalam bekas besar, gaulkan tepung, serbuk koko, gula, baking powder, soda bikarbonat dan garam.
  4. Dalam bekas kecil, campurkan pisang lecek, telor, mentega cair dan esen vanila, kacausebati
  5. Kemudian masukkan bahan basah ke dalam bahan kering tadi dan gaul sehingga agak sebati sahaja, cukup dan adunan agak berat dan melekit. (jangan digaul adun terlalu lama).
  6. Masukkan chips dan kekacang walnut/pecan tadi. Gaul rata sahaja cukup.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan tabur sedikit gula perang (jika suka).
  8. Bakar pada selama 55 - 65 minit atau sehingga diuji dengan lidi/tester, ianya keluar bersih.
  9. Keluarkan dari oven dan sejukkan...hidangkan ketika masih suam....memang sedap untuk sarapan atau minum petang.




Tuesday, 17 November 2020

Kek Carrot Pisang

 


    Assalamualaikum semua.... Hari ni aku kembali dengan kek carrot pulak. Ni kek carrot versi yang ketiga kalau tak silap la... Yang sebelum ni aku dah buat versi oat & versi buah epal. Kesemua yang aku buat tu sedap-sedap belaka. Kali ni try yang ada buah pisang pulak... Kalau ikut versi asal resepi ni, pisang tu potong kecil-kecil. Tapi aku lenyek bagi hancur terus... Untuk krim dia pula aku gandakan adunan asal sebab aku nak paipkan atas kek sama. Ikut la hangpa nak buat macam mana. Lagi satu, aku tak letak serbuk kulit kayu manis. Sebab apa aku tak letak pun tak tau. Nak kata tak suka, kek yang beli & ada bau serbuk kayu manis aku makan habis jugak... Hmmm entah laa... Kalau ada sapa-sapa yang nak merasa kesedapan kek carrot pisang ni sila lah cuba... Byeeee....



Kek Carrot Pisang / Carrot Banana Cake
Sumber : Kak Wan

Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis ( xletak )
3 biji telur grade A - pukukl ringan
1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan potongan pisang berangan ( aku ganti pisang emas & lenyek bagi hancur )
1 1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan walnut cincang


Cara-Cara
  1. Sediakan 3 biji loyang bulat 8 inci. Lapik setiap loyang dengan baking paper.
  2. Satukan tepung gandum, gula, garam, serbuk kayu manis di dalam mangkuk. Whisk hingga rata.
  3. Masukkan telur dan minyak jagung, gaul rata.
  4. Masukkan esen vanila, parutan carrot, potongan pisang dan walnut cincang. gaul rata.
  5. Masukkan adunan sama banyak ke dalam 3 loyang berasingan.
  6. Bakar pada suhu 175C selama 30-45 minit hingga permukaan atas keperangan.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di lapis dengan cream cheese sebanyak 3 lapisan.






Cream Cheese Frosting

500gm cream cheese
80gm mentega
1 cawan gula aising
1 sudu esen vanila

Cara-Cara
  1. Satukan semua dan putar hingga lembut dan berkrim.






Cara menyusun kek

Kacang walnut secukupnya ( panggang , sejukkan & cincang kasar )
  1. Letak sekeping kek atas papan kek. Paipkan krim cheese dan ratakan. Kemudian letak sekeping kek lagi. Ulang hingga kepingan kek terakhir. Salut keseluruhan kek dengan krim. Simpan sekejap kek dalam peti sejuk
  2. Keluarkan kek dan ratakan keliling kek dengan kacang walnut.
  3. Paipkan lebihan krim cheese atas kek. Hias mengikut kreativiti masing-masing.





Saturday, 7 November 2020

Blueberry Cheesey Cheesecake



    Assalamualaikum semu... Harap-harap pakat sihat lah yer... Hari ni kembali bersiaran dengan kek bercheese pulak... Sedap ooo kek ni. Base dia cuma kek span. Tapi sebab krim salut kek ni letak cheese tu yang lagi umphh... Lagi-lagi letak blueberry filling... Apa nak kata... Tapi kalau nak tukar filling lain rasanya tak ada masalah... Boleh cuba tukar kepada strawberry filling kaa... Rasanya sedap jugak tu... Untuk kek ni aku buat guna loyang 8 inci. So,kek ni jadi tinggi sikit la dari resepi asal dia.. Bila ingat-ingat balik kek ni macam snow cheesecake kan.. Dulu-dulu pernah fames merata blog... Yang ni bezanya letak filling dalam kek tu... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu yerr... Byee...



Blueberry Cheesey Cheesecake 
Sumber : iposedessert

Kek:

A
5 biji kuning telur
1/2 cawan gula kastor
1/2 cawan air
1sk jus lemon
180g superfine flour, diayak
3 sb tepung jagung, diayak
3 sk double action baking powder, diayak

B
5 biji putih telur
3/4 cawan gula kastor
1/2 sk cream of tartar


Cara membuat cake:
  1. Panaskan oven pada suhu 170C. Sediakan dua loyang bersaiz 8 inci. Griskan & alaskan dasarnya dengan kertas minyak
  2. Satukan bahan2 A dalam mangkuk, gaul sebati.Ketepikan.
  3. Pukul bahan2 B hingga kembang. Satukan denganadunan A tadi. Kaup balikkan hingga sebati.
  4. Bahagi adunan kepada dua bahagian sama banyak.Tuang adunan kedalam loyang & bakar selama 30-35minit. Sejukkan sepenuhnya baru dipotong kepada 2 lapisan.





Krim Cheese Frosting

250g cream cheese

50g mentega

 50g gula aising, diayak

 250g non dairy cream ( aku letak300g )


 Cara2 membuat frosting:

  1. Pukul gula aising, butter & cream cheese hingga lembut.
  2. Kemudian, masukkan cream sedikit demi sedikit. Pukul hingga kembang.





Cara menyusun kek

Cheddar cheese diparut secukupnya
Blueberry filling

  1. Ambil lapisan kek yang pertama, sapukan frosting & kemudian sapukan sedikit blueberry filling. Ulang hingga lapisan kek yang terakhir diletakkan diatas sekali.
  2. Kemudian, sapukan keseluruhan kek dengan lebihan frosting & hiaskan dengan parutan cheddar cheese. Sejukkan sebelum dihidang.


Tuesday, 3 November 2020

Basque Burnt Cheesecake


     Assalamualaikum & salam sejahtera semua... Hari ni kembali dengan resepi yang tengah viral masa tahun lepas... Kalau tak silap la, masa hujung tahun 2019 kot... Lebih kurang waktu tu la. Time tu rata-rata orang dok tayang resepi burnt cheesecake ni... Aku ni ketinggalan sikit... Lambat nak mencuba... Bagi cool sikit viral tu baru la kita cuba kan... Bagi aku kek ni boleh dikatakan sedap. Sebab rasa dia lemak berkrim... Walaupun aku ni jenis yang lebih suka cheesecake yang no-bake cheesecake bila rasa ja, tersentuh jiwa tuuu... Acewahhh... Ayat, tak boleh kalah... Hahahaa... Walaupun tak letak topping apa-apa pun memang dah sedap... Yang penting kena makan lepas keluar dari peti sejuk... Resepi kat bawah ni aku buat versi bajet... Cream cheese kan mahan... Buat berpada-pada la... Orang dalam rumah ni kureng sikit kalau kek bercheese ni... Kalau aku buat full resepi boleh gemuk la aku ni.. Ni masa pkp hari tu pun badan aku dah start naik... Makan pulak benda yang bercheese... Lagi la naik... Apa-apa pun selamat mencuba yaaa.... Byee....





Basque Burnt Cheesecake

Sumber : Sunah Sakura

Resepi terjemahan dari : Phong Hong Bakes

Loyang: 6" @ 5"


Bahan-bahan:

250 gram cream cheese pada suhu bilik ( recommended guna Philadelphia )

85 gram gula kastor

100 ml UHT whipping cream

2 biji telur gred A

9 gram tepung gandum


Cara-cara membuatnya:

  1. Alaskan loyang dengan baking paper, make sure tinggi baking paper lebih 2 inci dari aras loyang sebab kek akan naik melebihi aras loyang dalam oven.
  2. Pukul cream cheese dan gula hingga berkrim ( saya guna stand mixer ).
  3. Masukkan telur satu per satu, pukul hingga rata.
  4. Masukkan whipping cream, gaul lagi hingga semuanya sebati.
  5. Ayak tepung ke dalam adunan dalam 3 bahagian, kaup balik guna spatula hingga bercampur rata.
  6. Tuang adunan ke dalam loyang, hentak perlahan beberapa kali untukhilangkan liang udara.
  7. Bakar pada suhu 180 - 200 'C, ikut suhu oven masing-masing, selama 50 minit -1 jam atau lebih hingga permukaan kek berwarna coklat gelap. Jangan terlebih bakar, nanti jadi pahit.