Monday, 26 November 2012

KEK KASTAD COKLAT



   Salam semua... Hari ni buat kek lagi... KEK KASTAD COKLAT.  Kek ni selalunya orang buat perisa pandan, tapi aku tukar buat perisa coklat la pulak.. Perisa pandan tu selalu dok makan. Coklat ni jarang sikit. Aku amek resepi ni kat blog CUTE OVEN, SMALL KITCHEN . Klik sini untuk tengok resepi asal. Dia buat perisa pandan. Meh tengok cara nak buatnya...



KEK SPAN PANDAN
Bahan-bahan:
-150 gm tepung gandum- ayak
-1 sudu teh baking powder- ayak
-5 biji telur gred B
-100 gm gula kastor
-1 sudu teh ovallete
-50 ml susu segar/ susu cair
-1 sudu teh esen vanilla
-2 sudu makan serbuk koko
-50 ml minyak masak

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.









KASTAD COKLAT

Bahan-bahan:
-400 ml susu cair
-600 ml air
-1 cawan gula kastor
-15 gm agar-agar tali
-100 gm tepung Hoen Kwe warna putih
-Secubit garam
-2 sudu makan serbuk koko


Cara-cara:
  1. Masak agar-agar tali bersama air hingga larut. Kemudian  Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek.



CARA MELAPIS KEK KASTAD

  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Kemudian biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.



2 comments:

  1. as salam sya..rajinnya wat kastad.zila beli dah tepungnya xterjadi lagi kejadian tu..jagung dlm tin pn lum terbukak..sedap tgk kek kastad tu..

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...