Tuesday, 4 June 2013

Mango Crepe With Custard Filling




   Salam semua.... Kali ni baru aku berkesempatan nak buat crepe yang menjadi perbualan hangat pada hujun tahun lepas. Asalnya aku pun nak buat juga dulu tu, tapi ramai sangat yang dok buat. Bagi reda dulu demam crepe baru aku start buat. Tak pa la walaupun aku ni dah jauh ketinggalan daripada rakan-rakan blog yang lain... Janji aku dah buat dan dah tau macam mana orang boleh jadi gila dengan benda ni... Gila...? Rasanya bukan gila kot, mungkin ketagih... Huhuhuhuuu... Sedap sikit ayat tu kan... Yang paling fames tentu durian crepe, tapi aku tak berapa berkenan dengan durian ni. So, aku tukar dengan mangga.. Asalnya teringin nak letak harum manis, tapi kali ni buah tak berapa nak jadi. Kalau nak beli sekilo mak aiii, mahalnya.... Dekat RM20... Yang ada pelam chokanan ja kat rumah aku ni. Tu pun tak berbuah banyak macam sebelum-sebelum ni... Jadi la kann.... Memang sedap dan lemak berkrim bila makan buah pelam ni bergabung dengan inti custard.. Resepi ni aku amek kat kak ita dari masam manis. Resepi asal untuk durian crepe, aku tukr jadi mango crepe. Mohon share resepi kat sini ya akak... Sapa yang terasa nak makan crepe lagi boleh la tengok resepi kat bawah ni...




CREPE
C & P : Kak Azlita

Bahan-Bahan

-40 gm tepung gandum
-40 gm tepung ubi
-20 gm tepung jagung
-20 gm tepung Hoen Kwe ~ jika tak ada boleh gantikan dengan tepung kastard
-1 biji telur saiz A
-1 sudu besar minyak Mazolla ~ jika tak ada gunakan butter yang dicairkan atau minyak masak
-130 ml susu segar
-50ml air ~ bergantung kepekatan
-Secubit garam
-1 sudu besar gula halus
-Pewarna kuning [ aku letak pewarna hijau ]
-Perasa durian / durian paste [ aku letak perasa mangga ]

Cara-Cara
  1. Dalam satu bekas, satukan semua tepung kemudian di ayak. Kemudian campurkan semua bahan lain dan kacau rata. Kepekatan adunan hendaklah tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. Jika pekat tambahkan sedikit lagi air.. Kemudian di tapis.
  2. Sediakan pan untuk membuat crepe. Panaskan dengan api yang kuat hingga pan benar-benar panas ini untuk mengelakkan crepe melekat.. Kemudian perlahankan api ke sederhana. Oleskan pan dengan minyak makan atau butter dengan menggunakan kitchen tisu.
  3. Bila kuali dah sederhana panas baru kita letakkan sedikit adunan. Goyang-goyangkan kuali supaya ia rata.
  4. Masak hingga ia mengelembung-gelembung sedikit. Tak perlu di balikkan. Buat sehingga habis.
  5. Untuk mengelakkan crepe kering lapis crepe dengan plastik. Jangan di tindih-tindih semasa panas nanti ia tak cantik!. Tunggu dia benar-benar sejuk baru boleh di tindih satu persatu.
Adunan ni dapat anggaran 15 ~ 20 bergantung ketebalan dan besar pan kita.





CREAM CUSTARD FILLING [ aku buat 1/2 adunan saja ]

-1/2 cawan tepung gandum ~ 85 gm
-1 1/2 sudu makan tepung kastard atau tepung jagung
-1/2 cawan gula ~ tambah lagi anggaran 2 sudu besar
-4 biji kuning telur
-3 cawan susu ~ boleh guna susu segar atau susu cair
-30 gm butter
-1 sudu teh esen vanilla
-Secubit garam
-Non Dairy Whipping Cream secukupnya.

Cara-Cara
  1. Ayakkan tepung terlebih dahulu. Satukan tepung dan gula dalam satu bekas.
  2. Masukkan 4 biji kuning telur dan 1 cawan susu. Kacau hingga adunan sebati Masukkan semua baki susu, secubit garam dan esen vanilla Kacau rata.
  3. Panaskan atas dapur dengan api sederhana hingga adunan pekat. Sentiasa kacau supaya adunan tidak hangit dan berkerak di dasar. Bila ia dah meletup-letup segera tutup api
  4. Tambahkan butter dan kacau hingga adunan menjadi licin dan berkilat. Biarkan ia sejuk
  5. Simpan dalam bekas bertutup atau balut bekas dengan plastik dan simpan dalam peti ais hingga ia dingin
  6. Adunan ni dapat agak banyak. Boleh simpan dalam peti ais dan tahan seminggu Jika tak nak banyak buat 1/2 daripada adunan Ambil 1 cawan Non Dairy Whipping Cream, pukul hingga mengental Kemudian campurkan ke dalam Cream kastard kita tadi. Kaup balik hingga adunan sebati Jika adunan berketul, masukkan dalam mixer dan pukul sekejap aje anggaran ia sebati dan kental.




CARA PENYEDIAAN

-Kepingan crepe ~ secukupnya
-Krim Kastard ~ secukupnya
-Isi durian ~ secukupnya [ isi mangga didadu secukupnya ]

Cara-Cara
  1. Letakkan sekeping crepe.
  2. Letakkan krim kastard di atasnya.
  3. Kemudian letakkan isi durian [ isi mangga ].
  4. Tutup kembali denga krim kastard.
  5. Lipat seperti kita melipat sampul surat.
  6. Buat sehingga habis. Simpan dalam peti ais dan sangat enak di makan dingin.


Sungguh lemak berkrim...


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...