Friday, 21 June 2013

Kek Lapis Asam Manis (bakar)



   Salam semua... Kembali dengan kek lapis lagi tapi kek lapis N3 tertunggak... Kali ni buat yang letak asam manis pulak... Memang sedap kek ni sebab ada rasa masam-masam, manis-manis dari haw flake tu. Resepi ni aku amek tak lain tak bukan dari kak DJ la... Memang cantik kek lapis yang kak DJ buat... Kebanyakan resepi yang aku amek kat blog dia memang menjadi... Untuk resepi ni aku cuma buat separuh adunan. Kandungan gula pun aku dah kurangkan jugak.. Bukan apa, kek yang manis ni kalau kat rumah aku kompem lambat habis... Tapi kalau waktu raya rasanya kena buat manis jugak... Orang pun tak makan banyak ayat macam orang kedekut... Raya ni mesti aku buat sebijik... Kalau ada sapa yang teringin nak buat, jom tengok resepi kat bawah ni.....


resepi : DayangJack@DapurKuSayang


bahan-bahan :  [ 1/2 adunan, loyang 6x6 ]

-5 biji telur A
-100 g tepung biskut marie (biskut marie dikisar halus, diayak dan kemudian barulah disukat)
-50 g tepung hongkong/superfine/tepung gandum (diayak)
-225 g mentega berkualiti
-1/2 sudu besar ovallete
-1/2 sudu kecil esen vanilla
-75 g gula kastor [ aku letak 20gm ]
-150 g susu pekat manis
-haw slice/ hawflake secukupnya
-pewarna kuning, ungu dan hijau secukupnya (pewarna lain pun boleh)

cara-cara :
  1. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovallete hingga kembang.
  2. Dalam bekas yang lain, putar mentega dan susu hingga putih berkrim.
  3. Kemudian satukan langkah 1 dan 2. Sebatikan.
  4. Kemudian masukkan tepung biskut marie dan tepung hongkong/superfine/gandum. Kacau sebati dengan spatula dan kemudian putar lagi 1 minit untuk memastikan adunan benar-benar sebati.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan hijau, ungu dan kuning.
  6. Bakar/grill lapis demi lapis dan susunkan hawflake secukupnya mengikut citarasa. (setiap lapisan diratakan dengan 3 @ 4 sudu makan adunan).
  7. Guna api atas dan bawah untuk lapisan pertama dan lapisan seterusnya menggunakan api atas sahaja. Setiap lapisan dibakar antara 5-7 minit atau hingga keperangan. (setelah habis melapis, bakar pada suhu 140C selama 10 minit lagi supaya kek masak sempurna)




Nota :

***kepanasan suhu bergantung pada jenis oven masing-masing. Jadi sila adjust sendiri.
***loyang digriskan dan dialas dengan kertas minyak.
***sukatan gula mengikut citarasa
***mentega berkualiti contoh : SCS, Golden Churn, Tatura, Anchor dsbnya
***sekiranya tak nak guna tepung gandum/hongkong, boleh guna tepung biskut marie sepenuhnya.
***semakin lama kek disimpan, semakin moist rasanya.
***Simpan ke dalam peti sejuk supaya dapat bertahan lama.
***jika lapisan kek terlebih bakar dan kelihatan hangus dan kering, sapukan permukaannya dgn jem atau mentega.




Selamat melapis kek....



4 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...