Friday, 4 February 2022

Nasi Daging Kurma Adabi

Nasi Daging Kurma Adabi



    Assalamualaikum semua... Hari ni aku nak update resepi nasi pulak... Bahan nak buat nasi ni agak rare jugak nak cari. Bahan apa tu...? Haaa... Ni dia kurma daging Adabi dalam tin. Aku kat perlis ni cari merata tak jumpa. Yang jumpa kari daging Adabi banyak... Kurma daging ni payah sungguh nak dapat. Yang ni pun aku dapat sebab aku pesan kat kak aku sebelum balik cuti hujung tahun lepas... Dapat la merasa juga kurma daging ni... Rasa kurma dalam tin ni bagi aku sedap. Aku kalau nak makan mesti rebus daging lain dulu pastu baru masak dengan kurma daging Adabi. Baru dapat banyak isi daging. Untuk versi nasi daging kurma Adabi ni kalau rajin boleh la buat air asam kerisik. Nanti jadi macam set nasi daging dengan air asam kerisik. Kalau tak rajin makan macam tu pun dah cukup mantap... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee....



Nasi Daging Kurma Adabi



Nasi Daging Kurma Adabi
C&P : FB Khairul Abdullah

1 tin kurma daging Adabi
2 pot beras biasa atau basmathi ( kalau basmathi rendam 30 minit & toskan )
1/2 biji bawang besar dikisar / dihiris
3 ulas bawang putih dikisar / dihiris
1 inci halia dikisar / dihiris
1 keping kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
1 helai daun pandan disimpul
1 batang karot ( optinal ) dipotong baji
1 biji tomato ( optinal ) belah 4 ( aku tak letak )
1/2 biji bawang besar belah 2 ( aku tak letak )
 2 sudu minyak sapi atau butter atau minyak masak


Cara-cara
  1. Panaskan minyak sapi / butter / minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan halia bersama kulit kayu manis, bunga lawang dan juga daun pandan sampai naik bau.
  2. Masukkan 1 tin kurma daging Adabi ( aku masukkan juga daging yang direbus ) dan kacau sebati, lalu masukkan karot dan tomato jika ada. Kacau sekejap dan masukkan sedikit garam.
  3. Masukkan beras, kacau perlahan-lahan biar rata sebab takut daging hancur dan kemudian masukkan air. Air nak masukkan lebih sikit sahaja dari paras beras. Masak seperti biasa. Kalau guna periuk elektrik maka tekan ON. Kalau pakai periuk biasa maka masak guna api sederhana. Dah kering perlahankan api sekejap sampai betul masak
  4. Bila sudah masak boleh makan bersama sup daging & air asam kerisik.

Nasi Daging Kurma AdabiNasi Daging Kurma Adabi


AIR ASAM KERISK

Bahan Bahan
1 sudu besar kerisik
1 inci belacan
1 cawan air asam jawa
10 biji cili padi (hiris) ( aku tanbah cili besar )
2 labu bawang holland (hiris)
2 biji tomato (buang biji)
Garam dan perasa/cukuprasa
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan seimbangkan rasa.
  2. Air asam kerisik siap.

 

SUP DAGING SIMPLE

Bahan-Bahan
150-200g daging
air secukupnya
sup bunjut
Garam
1/4 kiub daging
 
Cara-Cara
  1. Satukan semua bahan dan rebus hingga daging empuk.
  2. Keluarkan daging dan hiris nipis kemudian ketepikan untuk dimasak bersama nasi.
  3. Renih sekejap sup. Kalau nak masukkan kentang, karot dan lain2 bahan untuk sup pun boleh.
  4. Sup daging simple dah siap


Nasi Daging Kurma AdabiNasi Daging Kurma Adabi


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...