Wednesday, 8 May 2019

Puding Jagung


       Assalamualaikum semua.... Macam mana puasa hari ni... Ok....? Saja la tanya... Hari ni aku nak share resepi puding jagung pulak... Sedap kot makan puding jagung time berbuka ooo... Puding jagung ni aku buat kemarin...Buat tu agak lewat, tu tak sempat nak update. Hari ni dah ada kelapangan aku pun update la... Satu ja aku nak pesan sikit, kalau buat puding jagung ni baik blender semua bahan bagi hanrur. Sebab apa masa nak potong nanti nampak la kemas... Aku buat 1/2 jagung tu blender & 1/2 lagi tak... Tu pun masa potong pun nampak comot... Tapi yang tak bestnya bila dah blender hancur tu tak dapat la nak rasa jagung bila kita gigit puding tu... Tapi terpulang la pada hangpa semua... Mana yang best buat la... Kalau ada yang nak mencuba sila tengok resepi kat bawah.... Selamat berbuka...





Puding Jagung
C&P : Che' Nom

Bahan-Bahan:
1 tin jagung manis berkrim
1 cawan tepung kastard
1 cawan gula (kurangkan kepada 3/4 cawan jika suka kurang manis)
1/2 cawan susu cair
2 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu kecil garam
3 cawan santan (ATAU 1 kotak santan 200ml bersama 2 cawan air)
1 1/2 sudu besar majerin

Cara Penyediaan:

  1. Masukkan jagung, tepung kastard gula, susu cair, tepung jagung, garam dan santan di dalam blender dan kisar. Tujuannya supaya jagung dikisar halus dan diadun sebati dengan bahan-bahan lain .
  2. Masukkan adunan kisar di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dan berkilat. 

 

Tips:

  • Jika anda tak suka jagung yang dikisar halus boleh adun bahan dalam periuk sahaja. Tak perlu di blender ( 1/2 adunan jagung aku kisar 1/2 lagi biar ) .





No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...