Monday, 29 May 2017

Kuih Cara Manis



     Assalamualaikum.... Bertemu kembali hari ni.... Alhamdulillah, hari ni hari ketiga kita berpuasa... Tapi cuaca agak panas jugak la kat perlis ni... Kalau nak buat aktiviti kat luar pun rasanya macam tak payah la kot... Sebab takut letih la pulak... Tapi kalau ronda dalam mall tu ok kot sebab ada ekonn... Hahahaaa.... Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share satu resepi kuih paling mudah dan ringkas. Bahan-bahan pun tak banyak... Cuma perlu ada acuan dia ja... Untuk resepi kuih cara ni aku copy kat blog CMG... Tima kasih che mat yer... Kalau sapa-sapa nak tengok menu-menu yang sedap boleh la pi tengok kat sini. Untuk kuih cara ni aku buat separuh adunan asal... Sebab buat separuh ni pun dapat banyak jugak dalam 11 pasang... Klau isi rumah tak banyak boleh la buat separuh adunan macam aku... Ok la, meh tengok resepi kat bawah tuu... 




Kuih Cara Manis
C&P : CMG

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk berbuka.... Selamat mencuba..





1 comment:

  1. Akak pun kalau buat mesti guna resepi CMG juga 😁
    Akak balik minggu lepas..mak aii kekeringan rasanya. Tapi lepas ja akak balik. Kak ipo habaq hujan lebat. Hehehe

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...