Thursday, 17 April 2014

Cheezy Layer



      Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari ni aku nak kongsi satu resepi dessert yang sangat senang dan sangat la sedap. Tak payah nak masak pun. Cuma guna mixer ja untuk mix adunan cheese tu... Lagi pun cuma guna biskut marie je... Pilih la biskut marie kesukaan anda untuk buat dessert ni... Untuk resepi ni aku copy dari cida . Resepi yang dia tunjuk tu buat dalam cup saiz comel-comel. Tapi aku letak dalam gelas sebab nak bagi nampak elegant sikit... Elegant la sangat... kuikuikuiii.... Percubaan pertama ni aku cuma buat tiga rasa dulu iaitu kiwi, oren dan lemon. Antara ketiga-tiga rasa tu aku paling suka lemon. Entah la pasai apa sedap, mungkin gandingan lemon dan cheese ni memang dah serasi kot... Ok la, jom kita tengok resepi kat bawah tu...





Cheezy Layer
Sumber : Cida

-250 g cream cheese
-150 g susu pekat manis
-250 g dairy whiping cream (UHT)
-1 peket biskut marie
-cup secukupnya
-1 cawan fresh milk


Cara-Cara:
  1. Pukul cream cheese hingga kembang kemudian maukkan susu pekat. pukul sebati pastu masukkan whiping cream
  2. Cara lapis: adunan cheese --> filling --> biskut marie (celup susu tp jgn sampai lembik..jap je) --> adunan cheese --> filling --> biskut marie --> adunan cheese --> akhir- lorekkan filling. Untuk lapisan ni boleh buat sebanyak mana yang boleh selagi bekas tu muat...
  3. Sejukkan dahulu sebelum dihidangkan










7 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...