Salam semua.... Hmmm... Pepagi buta ni baru sempat nak update blog ni... Waktu lain sibok dengan tugasan yang tak rasmi... Huhuhuuu... Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan 7. Tak lama lagi dah nak masuk bulan ramadhan... Tak sabar rasanya nak berpuasa. Sebelom berpuasa kita layan dulu la kek coklat ni... Kalau dah start puasa kek-kek ni rasanya kurang dapat sambutan sikit... Untuk kek ni aku masak cara double boiler. Saja nak test... Kalau masak cara ni kek tetap moist. Permukaan atas kek tu kering sikit. Boleh dikatakan sedap la... Pastu makan pulak dengan buah strawberry fresh yang masam-masam manis tu... Mantap habisss.... Jom tengok resepinya...
Bahan-Bahan
Bahan A
-3/4 cawan serbuk koko
-1/4 cawan serbuk koko hitam
-1 cawan gula perang
-1 cawan susu cair
-1 cawan susu pekat manis
-1 cawan minyak jagung
Bahan B
-1 1/4 cawan tepung kek*
-1 sudu kecil baking powder*
-1 sudu kecil soda bikarbonat*[ diayak ]
Bahan C
-3 biji telur
-1 sudu teh esen vanila
Cara-Cara
- Masak bahan A dengan api kecil sehingga sebati atau gula hancur. Sejukkan.
- Pukul telur bersama esen vanila hingga berbuih. Kemudian satukan dengan bahan A yang telah sejuk tadi. Kacau sebati.
- Masukkan tepung yang diayak sedikit demi sedikit sambil digaul dengan spatula.
- Tapis kedalam loyang bulat 8'' yang telah dialas dengan kertas serap minyak.
- Masak dengan kaedah ''water bath'' selama 1 jam 10 minit atau sehingga masak. Boleh juga dikukus atau dibakar.
- Setelah masak, sejukkan dahulu sebelum diletak ganache dan hias ikut cita rasa masing-masing.
Ganache
Bahan-Bahan
-200gm coklat masakan
-100 ml susu cair
-1 sudu kecil mentega
Cara-Cara
- Masak coklat dan susu cair dengan kaedah double boiler sehingga coklat cair sepenuhnya.
- Masukan mentega dan gaul perlahan-lahan sehingga sebati.
- Sejukkan seketika dan tuang atas kek yang telah sejuk tadi.
Selamat Mencuba
assalam
ReplyDeletesedappnya, mengoda lah strwbery tu
dkt2 blh hantar sepotong kan he hee
deconya pun cantik
wslam...
Deletetu la kalau dekat boleh la bg rasa...
tp kn, kek ni dh abis...
heheheee...
betul ke buat sendiri ni..uhuuu
ReplyDeletebli kt kedai...
Deletehuhuu...
Salam en.syafex nk tanya mcm mn chocklat ganache bila letak atas kek boleh jd licin dn kemas.. sy selalu buat x kemas
ReplyDeletew'salam
Deletesy tuang atas kek masa chocolate ganache tu masih panas lg supaya senang rata ats kek...