Sunday, 12 May 2013

Carrot Walnut Cheese Cake Dan Selamat Hari Ibu



    Salam semua.... Hari ni aku nak ucapkan selamat hari ibu kepada semua yang dah jadi ibu dan bakal jadi ibu... Tak lupa jugak kat mak aku ni... Selamat hari ibu mak... Sayang mak.... Sempena hari ibu ni, aku pun bersemangat nak buat kek la. Konon-konon tanda penghargaan... Sebelum ni tak pernah buat sambutan pun. Tapi bila dah start berblog ni, dah pandai cari resepi, buat kek sikit-sikit... Haaa... Apa lagi, ni la masa nak tunjuk kehebatan memasak aku kat mak.... Takat kek buleh la, kalau lauk pauk kureng sikit.... Huhuhuuu.... Macam-macam idea kek nak buat, tapi tak tau yang mana. Alih-alih buat carrot kek la. Kek ni dah lama aku dok berhajat nak buat. Akhirnya, hari ni termakbul jugak.... Alhamdulillah, mak aku cakap sedap... Kembang idong aku bila kena puji... Huhuhuuu.... Diharapkan mak akan sentiasa sihat untuk menjalankan ibadah sehari-harian... Amin..... Love you mak.... Muah.. Muahhh...  ; *




Kek carrot walnut cheese
Sumber asal: buku Panduan Asas Menghias Kek kak Zati
C&P : Cida


Bahan-Bahan [ 1/2 adunan loyang bulat 6'' ]

-2 biji telur kuning
-2 biji telur putih
-188 ml minyak jagung- aku letak 175 g je [ aku letak 180ml ]
-65 gm gula castor (aku letak 50g je)
-75 gm gula perang (aku letak 40 gm je) (so, jumlah keseluruhan gula 90 gm dr resepi asal 125gm)
-75 gm lobak merah parut- 1/2 btg carrot [ aku letak 90gm ]
-125 gm tepung kek- aku guna tepung gandum (kalo guna tepung gandum, tambah 2 sudu baking powder)
-2/3  sudu teh soda bikarbonat- aku letak 1/2 sudu teh je
-walnut secukupnya- bakar dan cincang [ aku letak 1/2 cawan ]

cara:
  1. Pukul kuning telur sebentar. Masukkan minyak dan gula pukul lagi sampai sebati.
  2. Masukkan tepung + soda. Kaup balik guna senduk sampai sebati.
  3. Masukkan carrot dan walnut.
  4. Pukul telur putih sampai kental. Masukkan ke dalam adunan sambil sebatikan secara perlahan.
  5. Masukkan ke dalam cup kertas / loyang. Bakar 20 mnt utk cup dan 1 jam utk loyang suhu 180 [ aku bakar 50 minit pada suhu 150c ]


utk frosting cream cheese:

-125 gm cream cheese
-63 g butter
-25 g gula icing

cara:
  1. pukul cream cheese sampai gebu
  2. masukkan butter- pukul lagi
  3. masukkan gula icing
  4. pukul sebati dan boleh digunakan utk hiasan (aku tambah sedikit pewarna oren)

Cream cheese frosting yang aku guna

-150gm cream cheese
-100gm mentega
-100gm krimwell
-4 sudu makan susu pekat manis
-pewarna oren


Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese sampai gebu
  2. Masukkan butter dan krimwell, pukul lagi. Guna speed sederhana.
  3. Masukkan susu pekat manis.
  4. Pukul sebati dan boleh digunakan utk hiasan (aku tambah sedikit pewarna oren)



   Untuk deco kek ni aku cuma buat yang simple ja... Tapi nampak comot. Masa deco kek ni tengah cuaca panas, tangan yang pegang piping beg pun ada haba panas, so cream cheese frosting tu cepat jadi lembik... Memang mencabar.... Kejap-kejap kena letak dalam peti sejuk bagi keras sikit...


Cara Deco Kek

-sedikit jus untuk lembabkan permukaan kek

Cara-Cara
  1. Setelah kek betul-betul sejuk, potong kek kepada tiga bahagian.
  2. Letak lapisan kek pertama atas papan kek dan renjis sedikit jus. Sapu cream cheese frosting. Letak selapis kek lagi.
  3. Ulang langkah 2 untuk lapisan kek berikutnya.
  4. Setelah selesai, buat crumb coating pada seluruh kek. Kemudian hias ikut citarasa masing-masing.
  5. Simpan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.


Memang sedap...
Ada rasa lemak-lemak kacang lagi...
Ditambah pula dengan cream cheese tu...
Perrrrhhhhhhh.....

4 comments:

  1. wowww mengoda lah karot kek dgn cheese
    sgt2 yummy, akak paling suka walnut kekacang lebih
    macam sr punya, sgt2 sedap rasa lemak2 tu kan
    smlm akak pun kek bercheese tp RVC
    menambahkan kalori yg sedia ada he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa lemak kekacang & cream cheese yg bt myelerakan...
      sekeping x ckup....

      tringin la plk nk mkn RVC...
      kompem brat bdan boleh naik...
      huhuhuuu....

      Delete
  2. Sedapp..ada krim cis bertambah lh sedapp

    ReplyDelete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...