Assalamualaikum semua... Hari ni post resepi kek lapis kedua pulak untuk raya haji nanti. Ni kek lapis mudah sebab letak satu warna ja.. Cepat sikit nak cuci bekas baking. Hahaaa... Kek lapis ni ada lemak-lemak cheese. Pastu tambah sikit lemak-lemak santan sebab ada letak serbuk santan. Pastu gigit kat chocolate chips rasa coklat la kannn. Bagi aku kalau letak dark chocolate chips rasanya lagi sedap sebab kurang manis dari milk chocolate chips. Aku guna milk chocolate chips ni pun sebab jarang guna. Dari terperam dalam peti ais tu baik aku perabiskan.. Kalau ada yang nak mencuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu..
Kek Lapis Cheese with Chocolate Chips
C&P : FB Dorothy Stella
500gm pure butter
10 biji telur gred A
200gm gula halus
350gm tepung hong kong atau tepung pau ( bluekey )
250gm cream cheese
60gm susu tepung ( nespray )
1/2 tin sederharna susu pekat manis
1 packet serbuk santan
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil ovalette
Chocolate chips secukupnya
Pewarna putih secukupnya
Cara-cara
- Satukan butter serta gula halus. Pukul dengan kelajuan tinggi hingga adunan pucat.
- Masukkan telur satu persatu. Pukul hingga sebati guna kelajuan minimum sahaja.
- Masukkan ovalette. Pukul rata.
- Masukkan juga esen vanilla. Pukul rata.
- Masukkan susu pekat manis. Pukul rata.
- Masukkan cream cheese. Pukul rata.
- Masukkan tepung hong kong atau pau. Pukul sebati.
- Masukkan susu tepung & serbuk santan. Pukul sebati.
- Akhir sekali, masukkan pewarna putih. Pukul sebati.
- Sediakan loyang saiz 8×8×4 yang dah dilapik baking paper dan diglis butter. Masukkan 200gm adunan. Ratakan.
- Susun chocolate chips di atasnya. Bakar suhu 180C api atas bawah untuk lapisan pertama selama 8-10 minit bergantung oven masing-masing. Ulang melapis seperti lapisan pertama tadi. Lapisan kedua hingga terakhir guna api atas sahaja. Suhu dan masa juga sama.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...