Assalamualaikum & selamat malam semua... Malam ni aku nak share resepi chocolate lasagna. Dulu aku pernah buat dah. Kalau resepi tu agak renyah dari resepi yang ni, tapi rasa dia lagi mengancam sebab ada rasa lemak-lemak santan sebab bahagian putih tu ada letak santan kotak. Kalau nak tengok resepi boleh klik kat sini. Untuk resepi ni dia versi mudah kalau nak bandingkan yang aku buat dulu... Aku buat ni pun nak habiskan cream cheese yang aku dah buka tu. Resepi kat bawah tu aku buat separuh adunan. Kalau nak buat besar sila gandakan adunan tu... Byeee...
Chocolate Lasagna
C&P : Mr. Ali
Base Lasagna
80 gm Oreo crumbs (Nak letak inti dia sekali pun takpe)
30 gm butter
Cara-cara
- Hancurkan Oreo crumbs dan gaulkan bersama butter.
- Dah gaul sampai sebati, mampatkan dalam loyang bulat / cake ring 6 inci. Tinggi loyang seeloknya 3 inci.
- Letakkan dalam peti ais selama 90 minit supaya ia menggeras.
Mousse
250 gm cream cheese
150 gm dairy whipping cream ( aku guna fresh cream )
50 gm gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
150 gm dairy whipping cream ( aku guna fresh cream )
50 gm gula aising
1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara
- Putar cream cheese. Pastikan cream cheese berada pada suhu bilik baru putar.
- Dalam 2 hingga 3 minit putarkan. Masukkan gula aising dan esen vanilla.
- Sambung putar lagi sampai semuanya sebati. Bila sudah, berhenti.
- Pada bekas yang lain, putarkan dairy whipping cream sehingga kental.
- Dah kental, kaup balik adunan cream cheese tadi dengan whipping cream. Kaup sampai sebati dan letakkan ke atas lapisan base yang disejukkan tadi.
- Ratakan mousse tadi cantik-cantik. Setkan dalam peti ais selama 30 minit.
Nota: Sebab nama pun lasagna jadi adunan tadi bahagikan pada dua. Satu letakkan di atas base tadi. Satu lagi letakkan dalam piping bag. Yang dalam pipping bag ini masukkan dalam peti. Jangan biarkan pada suhu bilik.
Inti Coklat
100 gm coklat gelap
75 gm dairy whipping cream
25 gm serbuk koko
10 gm susu pekat manis
Cara-cara
- Double boil, letakkan dairy whipping cream dan dark chocolate. Double boil sampai semuanya larut. Dah larut, tutup api. Terus masukkan serbuk koko dan susu pekat manis.
- Terus kacau panas-panas sampai semuanya sebati. Dah sebati, tapis. Wajib tapis dan bagi dia suam dalam 10 hingga 15 minit.
- Dah suam, kacau-kacau dulu sebelum tuang baru masukkan ke atas lapisan mousse tadi.
- Setkan dalam peti selama 30 minit.
- Selepas 30 minit, baru letakkan mousse yang kita letakkan dalam pipping bag tadi. Keluarkan dari peti dan pipe je atas lapisan inti coklat tadi.
- Ratakan elok-elok. Setkan semalaman.
- Untuk hiasan boleh tabur serbuk oreo, chocolate chip, chocolate flakes & boleh parut dark & white chocolate atas tu.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...