Assalamualaikum & selamat malam semua... Malam ni aku nak share resepi kek durian yang aku tak jadi buat masa dapat durian kampung hari tu... Tapi yang ni lagi special sebab guna durian Musang King... Durian Musang King ni pun kak aku yang beli. Sebab durian ni mahal aku buat la separuh adunan... Hahaaa... Sedap tau... Macam makan aiskrim durian pun ada... Simple ja kek ni. Kalau boleh durian tu hancurkan betul-betul. Kalau tak jadi macam kek aku laa... Bila potong tang krim tu dia tak mau putuih sebab ada serat durian. Jadi tak elok la potongan kek tu. Walaupun tak elok, kek tetap sedap. Sapa-sapa nak cuba buat boleh tengok resepi kat bawah tu. Kalau nak versi besaq, sila gandakan adunan... Byeee....
Durian Cream Layer Cake ( Musang King )
C&P : Inahar's cooking time
Kek span
75gm tepung super fine
75gm gula kastor
3 biji telur gred B
1/2 sudu besar ovalette
40ml susu segar
40ml minyak / mentega chair
1/2 sudu teh serbuk penaik
Sedikit pewarna kuning - optinal
Cara-cara
- Satukan gula, ovalette, tepung, serbuk penaik dan telur dalam mangkuk adunan. pukul hingga pekat dan gebu selama 5 minit dengan kelajuan tinggi.( tapi nie terletak kepada kelajuan pengadun)
- Perlahankan kelajuan dan masukkan susu dan sedikit pewarna kuning. Pukul lagi dengan kelajuan tinggi sehingga aduan kek benar2 ringan.
- Tuangkan minyak/ mentega cair kedalam adunan dan gaul dengan senduk sehingga sebati.
- Sediakan 3 tin pembakar bulat ukuran 6 inci, griskan dasarnya dan lapik kertas serap minyak. Tuangkan adunan sama banyak setiap loyang dan bakar selama 25minit atau hingga masak pada suhu 150 - 180darjah celcius.
- Bila dah masak keluarkan dari oven dan telangkupkan kat atas redai kek. Lebih kurang 5 minit. Bagi mengelakkan kek kita kempis.
Durian Cream Filling
125 gm whipped / fresh cream
100 gm isi durian ( aku guna Musang King )
1/4 tsp gelatin
1 tbs air
Sedikit pewarna kuning ( aku tambah )
Cara-Cara
- Pukul whipping cream sampai bertanduk. Kemudian campurkan isi durian yang telah dilenyek.
- Gelatin dicampur air dan dipanaskan dlm microwave sebentar. Kacau hingga larut.
- Akhir sekali campurkan larutan gelatin tadi & pewarna kuning ke dlm krim durian tadi. Kacau rata dan ketepikan.
Cara Melapis Kek
150 gm whipped / fresh cream- dipukul kental
- Letak sekeping kek atas papan kek. Sapu durian filling dan ratakan. Letak sekeping kek lagi. Ulang hingga habis.
- Sapu whipped / fresh cream yg telah dipukul kental di keseluruhan kek tadi dan hias ikut suka.
- Sejukkan dalam peti sejuk lebih kurang sejam sebelum di hidang.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...