Assalamualaikum.... Ok, ni kek yang ke dua pulak... Kalau tengok pada nama memang menarik kan... Apa kaitan pun aku tak pasti... Tapi yang pasti kek ni sedap kot... Rasa dia ala-ala karamel gitu... Walau pun rupa dia gelap tetapi rasa tetap ada... Kalau sekali tengok macam kek coklat pun ada... Ok lah, jom tengok resepi dia pulak... Yang ni pun aku buat separuh adunan guna loyang bulat 8inci...
Kek Puteri Dangdut
By :HaSue
Bahan-bahan ( loyang 8"x8"x3.5" )*sukatan gelas 200ml
* 450g mentega berkualiti
* 1 gelas gula halus -boleh kurangkan ke 3/4 gelas
* 10 biji telur
* 1 gelas tepung gandum
* 2 gelas horlicks
* 1 tin kecil susu manis
* 1 botol browning sugar
Cara-cara
- Pukul mentega bersama gula hingga kembang/putih
- Masukkan telur satu persatu (pukul sekata baru masukkan telur seterusnya) hingga habis..
- Masukkan pula tepung gandum,horlicks dan susu pekat manis satu persatu sambil di adun rata. Setelah sebati,masukkan browning sugar dan kacau hingga warnanya sekata..
- Masukkan adunan ke dlm loyang yg sudah digris mentega dan ditabur tepung atau loyang dlapik kertas minyak.
- Pastikan pengukus sudah mendidih. Tutup loyang dgn aluminium foil(jgn ketatkn kerana kek akan naik ketika dkukus)cukup skadar utk mengelakkan air kukusan menitik dpmukaan kek.selain tu,boleh juga ltk kain di atas penutup pengukus utk mengelak hal yg sama berlaku.
- Kukuslah adunan kek selama 2 jam ke atas(org kate,lg lama kek tu dkukus,lagi thn la kek tu)..tp sy kukus selama 2 1/2 jam jer.dah sehari semalam kat luar,simpan dlm pt sejuk..mmg thn lama. SELAMAT MENCUBA!:)
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...