Wednesday, 13 June 2018

Kek Kelasi Mabuk (kukus)



       Assalamualaikum semua.... Wah dah nak raya kita ni... Tinggal 2 hari lagi... Pastu raya la kita... So, hari ni aku nak update pasal kek raya laa.... Untuk kek mula-mula ni memang unik.... Apa yang uniknya... Mesti la kat nama dia... Pasai apa orang letak nama kelasi mabuk pun aku tak tau... Mungkin kena pi sarawak kot... Tanya kat sana... Selain tu, rasa dia pun unik... Sebab kat bahagian putih tu dia ada rasa limau kasturi... Bahagian hijau tu pula rasa pandan... Bila makan tak tau nak gambarkan macam mana... Yang penting kena cuba dulu baru tau... Untuk resepi ni aku buat separuh adunan guna loyang bulat 8 inci... Ok la, selamat mencuba....






KEK KELASI MABUK
Resepi: Pn. Lynda Hj Taiban
Sumber: HaSue dan AlongRoz
Sumber : DayangJack


Bahan-bahan :
450g mentega berkualiti tinggi
200 gm horlicks
14 biji telur gred A (8 biji putih diasingkan)
1 gelas gula (150g)
1-1/2 gelas tepung gandum (150g)
2 sudu teh esen vanilla
1 botol pandan paste

Caranya

Adunan Hijau
  1. Pukul telur dan gula hingga kembang.
  2. Masuk butter, pukul hingga putih.
  3. Masuk esen vanilla, tepung, horlick dan pandan paste.
  4. Kalau mahukan warnanya lagi hijau tambahkan pewarna hijau.
  5. Bahagikan kepada dua bahagian.

Adunan Putih:
8 biji putih telur
10 sudu besar gula halus
4 sudu teh tepung gandum
6 biji limau kasturi

Cara
  1. Pukul putih telur hingga kembang. Masukkan gula & pukul lagi sehingga menjadi meringue/kental(mangkuk diterbalikkan dan adunan tidak tumpah).
  2. Masukkan tepung.
  3. Akhirnya masukkan jus limau, pukul lagi hingga pekat dan sebati supaya jus bergaul rata.

Cara Mengukusnya
  1. Kukus 1 bahagian hijau dalam ½ jam.
  2. Bila sudah masak, baru tuang adunan putih telur. Kukus lagi selama ½ jam.
  3. Bila adunan putih sudah masak baru lapiskan dengan 1 lagi bahagian hijau yg kedua. Kukus lagi selama 40 minit.
  4. Guna acuan 9x9inci.
Note:
  • Bancuhkan adunan putih telur selepas 20 minit mengukus lapisan hijau pertama, supaya tidak terlalu lama adunan berteduh dan boleh menjadi cair. Akibatnya nanti lapisannya tidak teratur dan tidak cantik



No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...