Assalamualaikum semua.... Hari ni aku nak share salah satu kek lapis yag dah siap aku buat untuk hari raya haji nanti. Buat masa ni aku dah siap buat empat jenis. Rasanya dah cukup kot... Kalau nak buat kek pun mungkin kek butter atau kek chiffon je laa... Tu pun kalau rajin... Hihiii... Biskut raya rasanya macam tak berapa nak rajin lagi.. Kalau nak buat pun malam raya tu dan... Kalau kek lapis yang letak cheese ni kompem sedap. Tak kira la kek lapis apa pun... Bercerita pasal kek lapis ni, dah dekat setahun aku tak melapis... Penat jugak la... Tapi bila tengok hasilnya... Hilang terus penat tuuu.. Memang berbaloi buat 3, 4 jam... Ok la , byeee... Nanti kita sambung kek lapis yang lain pulak...
C&P : AlongRoz@HomeKreation
Source : Group Facebook_RMK
Saiz : 8½" x 8½"
BAHAN2:
10 bj Telur
150g Gula Halus
2 gelas Tepung HongKong ( gelas 200ml )
100g Horlicks
16oz Mentega
250g Cream Cheese
1 tin kecil Susu Pekat (Along letak 1 cwn)
Pandan Pes dan Pewarna Kuning
CARA2
- Pukul telur, gula & ovalet sehingga kembang & pekat. Masukkan tepung, horlicks & putar sehingga sebati.
- Pukul mentega sehingga kembang. Masukkan cream cheese dan susu sambil di pukul sebati.
- Campurkan kedua-dua adunan di atas.
- Bahagikan kepada 3 bahagian dan warnakan satu bahagian kuning dan satu lagi pandan.
- Bakarlah selapis2, mulakan dengan lapisan pandan, warna kosong dan warna kuning seperti gambar.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...