Assalamualaikum semua..... Hmmmm... Agak lama jugak aku tak meroti... Lama-lama skil hilang gitu ja... Roti labu ni aku buat petang kemari. Tengok la roti labu yang aku buat ni, kurang memuaskan... Lama sangat tak menguli roti tu yang tak jadi cantik sangat roti aku ni... Tapi nasib baik lembut... Pagi tadi makan pun masih lembut lagi. Nampak macam keras, tapi lembut dan sedap.... Roti labu ni aku buat separuh adunan ja... Tak larat nak uli, lenguh tangan. Kalau ada BM seronok la sikit.... Bila la nak boleh beli ni.... Roti labu ni asalnya adunan untuk roti kentang, tapi dah ditukar kepada roti labu pulak... Ok la, jom tengok resepi kat bawah ni.... Resepi kat bawah ni adunan full. Kalau nak buat separuh macam aku ni, sila kurangkan adunan...
ROTI LABU
Resepi asal : Lemariresep
Sumber : MasDuniaku
C&P :Izah Daut
Bahan-Bahan
-300 gr tepung roti
-100 gr tepung gandum
-100 gr labu, kukus, haluskan *izah letak 150 gm
-15 gr susu tepung
-2 butir telur
-75 gr gula pasir
-2 sdt yis segera
-77 gr margarine
-1 sdt garam
-100 ml air sejuk dari peti sejuk *izah letak 80 ml
-1/2 sk pelembut roti
Bahan olesan:
-1 biji kuning telur dan 50 ml susu cair, campur rata
-Izah guna madu campur susu segar.
-Mas guna madu + susu segar + sedikit kuning telur [ aku ikut cara mas ]
Cara membuat bun :
- Campur tepung, gula, susu, labu, yis, aduk rata, ketepikan.
- Tambahkan telur dan air sejuk sedikit demi sedikit, uli hingga jadi doh.
- Tambahkan marjerin, uli hingga elastis, diamkan 30 menit.
- Kempiskan, timbang 50 gr, diamkan 10 menit.
- Pipihkan atau bentuk sesuai selera, aku taruh di cup muffin, diamkan 75 menit.
- Oles bahan olesan, panggang 190 C selama 12 menit(aku kurang dr sepuluh menit, karena api kebesaran,makanya agak hitam tuh...)
Bahan Sos Kastard :
-3/4 cawan susu segar
-2 camca besar tepung kastard
-2 camca besar gula halus
-1 camca teh mentega
-1/2 camca teh esen vanilla
Cara membuat sos kastard :
- Satukan susu, gula dan tepung kastard. Kacau dengan wisk hingga semua sebati. Masak atas api perlahan sambil terus mengacau hingga pekat. Angkat dari api, masukkan mentega dan esen vanilla. Gaul rata dan biarkan suam sedikit.
Sungguh kuning roti labu ni...
salam syapex…wah cantiknye roti ni. nampak sedap ni. btw kastard tu bt topping atas atas cicah bila dah siap?
ReplyDeleteutk topping atas roti tu...
Delete