Assalamualaikum dan selamat petang semua... Petang ni aku nak update resepi no bake cream O cheese cake. Rasa dia lebih kurang macam Oreo cheese cake ja... Tapi bagi aku macam cream O ni lagi sedap dari Oreo tu. Ye la dah bertahun dok hadap Oreo, lama-lama buleh jemu jugak.. Di sebabkan kita masih ingat sedara seislam dengan kita kat Palestine tu, boleh la kita beralih ke biskut cream O ni.... Kalau ada yang nak mencuba buat resepi ni boleh tengok kat bawah tu....
No Bake Cream O Cheese Cake
Lapisan bawah
12 biji biskut cream O
2 sudu besar butter
Cara-cara
- Hancurkan biskut cream O bersama dengan intinya. Ketepikan.
- Cairkan butter kemudian tuang kedalam biskut cream O yang telah dihancurkan. Gaul rata.
- Tuang adunan cream O kedalam cake ring atau loyang springform bersaiz 6 inci.
- Ratakan dan tekan dengan sudu.
- Simpan dalam peti sejuk.
Cream O cheese cake
250gm cream cheese
1/4 cawan susu pekat
1 sudu besar gelatin ( cairkan dengan 2-3 sudu besar air panas )
200ml whipping cream
1 sudu kecil esen vanila
6 biji biskut cream O ( dipatahkan )
Cara-cara
- Pukul cream cheese bersama susu pekat dan esen vanila sehingga sebati menggunakan mixer.
- Kemudian masukan adunan gelatin yang telah cair tadi. Mix sekejap.
- Masukkan whipping cream yang telah dipukul dengan kental. Kacau sebati dengan menggunakan spatula sahaja.
- Masukkan cream O yang telah dipatahkan ke dalam adunan dan kacau sekejap sahaja.
- Tuang adunan kedalam loyang yang disejukkan dalam peti ais tadi. Ratakan kemudian simpan semula dalam peti sejuk supaya beku.
- Bila kek dah beku keluarkan dari loyang. Boleh paipkan fresh cream atas kek dan susun biskut cream O keliling kek.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...