Assalamualaikum dan selamat malam semua.... Seperti yang dijanjikan aku akan share resepi kek lapis untuk raya tahun ni. Kek lapis pertama tahun ni namanya Kek Lapis Pinkylicious. Tapi kek aku tak berapa pink, dia ke arah nak warna merah pun ada... Sebabnya warna putih aku dah habis. So, pink dia jadi pink yang terlalu terang. Sakit mata la jugak tengok... Macam hot pink pun ada. Hahahaaa.... Kalau resepi asal warna pink pastel. Sejuk mata memandang... Nak buat macam mana, dah jadi terang teruskan melapis je laaa... Sapa-sapa yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Byeee.... Nanti aku share resepi yang seterusnya...
Kek Lapis Pinkylicious
C&P : Nenek Kebaya
Bahan-bahan
500gm butter
10 biji telur gred A
1 sudu makan ovalette
80gm gula halus
satu sudu makan esen vanila
300gm susu pekat
200gm horlick ( boleh ganti socolic, my rasa, ovaltine & lotus )
150gm coffeemate
100gm serbuk badam
50gm serbuk santan
300gm tepung hong kong
250gm cream cheese
200gm whipping cream
1 sudu makan coklat paste
1 atau 2 sudu makan strawberry paste
2 sudu makan coklat spread
oreo crumbs secukupnya ( ganti cream-o )
pewarna hitam, putih & rose pink
Cara-cara
- Pukul butter, gula, esen vanila, ovallete & cream cheese hingga kembang.
- Masukkan telur satu per satu. Masukkan susu pekat dan gaul sebati.
- Masukkan whipping cream dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukkan horlick, serbuk coffeemate, serbuk badam, dan serbuk santan. Sebatikan.
- Akhir sekali, masukkan tepung hong kong sedikit demi sedikit.
- Pukul lagi dan gaul sebati. Sekiranya adunan nampak pekat boleh tambah susu cair / full cream milk secukupnya, sekadar untuk mengurangkan kepekatan adunan.
- Pastikan adunan sebati dan tidak berketul.
- Jumlah keseluruhan adunan adalah lebih kurang dalam 2600gm. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 800gm letak pewara hitam,coklat spread dan coklat paste. Buat 4 lapisan. Lebihan adunan letak pewrna putih dahulu dan sebatikan. Selepas itu masukkan pewarna rose pink dan strawberry paste. Tujuan letak pewarna putih dahulu adalah untuk adunan jadi kaler pastel pink ( aku xletak warna putih sebab habis ) Bahagi kepada 9 lapisan.
- Panaskan oven terlebih dahulu dengan suhu 150C. Gliskan permukaan loyang dan alas menggunakan kertas minyak. Gunakan loyang 9x9x3.5 atau 8x8x3.5.
- Bakar lapisan pertama iaitu adunan hitam terlebih dahulu. Gunakan api oven atas dan bawah lebih kurang 10 minit.
- Lapisan ke-2 bakar adunan hitam dengan menggunakan api oven atas sahaja lebih kurang 10 minit setiap lapisan. Masa pembakaran kek bergantung kepada oven masing-masing. Bakar sehingga habis lapisan hitam.
- Sambung bakar lapisan pink pula. Setiap lapisan pink tabur oreo crumbs sebelum dibakar. Buat sehingga habis lapisan pink.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...