Assalamualaikum dan selamat malam semua.... Hari ni aku bersiaran dengan kek coklat pulak. Kalau tengok kat FB rata-rata pakat dok tayang kek coklat ni. Tapi kebanyakannya depa banyak dok share versi empat segi. Aku malas sikit kalau buat versi empat segi. Bukan apa, kalau nak potong mesti tak cantik... Hahahaa... Bila dah jumpa versi bulat ni apa lagi, moh la kita buat. Lagi satu kek ni tak guna telur tau... Boleh la jimat sikit... Hihihiii.... Moist tau kek ni.... So, kalau ada yang nak mencuba buat kek coklat ni boleh la tengok resepi kat bawah ni... Selamat mencuba.... Byeee....
Kek Coklat Viral
C&P : FB Rahel
Loyang 7
Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 cawan serbuk koko
2 sudu besar susu tepung
1 1/4 cawan air dari peti sejuk
1 cawan gula perang
1sudu kecil esen vanila
secubit garam
1/2 cawan minyak masak / minyak jagung / mentega cair
1 sudu kecil cuka / jus lemon
Cara-cara
- Panaskan oven pada suhu 160C. Sediakan loyang kek. Gris dengan mentega.
- Ayakkan tepung bersama baking powder, soda bikarbonat dan serbuk koko dalam bekas besar. Masukkan tepung susu, garam dan gula perang. Kemudian kacau rata-rata.
- Masukkan air sejuk, minyak dan esen vanila. Kacau perlahan-lahan dengan whisk. Pastikan adunan tidak berketul.
- Akhir sekali masukkan cuka atau jus lemon. Terus dikacau serta merta sehingga sebati.
- Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40 minit atau sehingga masak.
- Sejukkan kek setelah masak. Boleh dihias dengan topping kegemaran.
Topping coklat
150gm coklat
150gm dairy whip cream
Cara-Cara
- Cairkan coklat & whip cream secara double boil.
- Masukkan kek dalam mousse ring.
- Tuang topping coklat atas kek. Simpan dalam peti sejuk selama 2 jam.
- Tanggalkan mousse ring. Sedia untuk disajikan.
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...