Sunday, 26 February 2023

Pistachio Rose Cake

Pistachio Rose Cake

 
 
        Assalamualaikum dan selamat tengahari. Hari ni aku bersiaran dengan kek birthday aku. Dah masuk 34 tahun aku ni... Oh, terasa tuanya aku ni... Hahahaa... Kek ni aku buat separuh adunan ja. Buat saiz bulat 6 inci. Mudah ja buat kek ni. Nak deco pun tak susah. Jimat sikit masa tang nak deco tu. Rasa kek ni macam kek karot. Cumanya tak ada carot dalam tu. Tapi  makan modal jugak la kalau nak buat kek ni sebab kacang pistachio tu mahal. Aku beli yang 150gm pun dah rm19.50. Sebab nak merasa ku gagahkan jua membuatnya.... Hahahaa..... Apa-apa pun, Selamat Hari Tua untuk diriku.... Byeee...
 
 

Pistachio Rose Cake



Pistachio Rose Cake
C&P : azlita aziz 
 
Pistachio  Cake

100gm unsalted butter - suhu bilik
60gm gula kastor
85gm pistachio - di bakar
70gm tepung naik sendiri
1/2 sudu teh serbuk buah pelaga ( aku takletak )
1/4 sudu teh baking powder
2 biji telur gred A
2 sudu besar air mawar ( aku ganti 1/2 sudu teh esen rose )
1/3 cawan golden syrup


Cara-cara
  1. Pistachio di bakar sebentar dalam oven suhu 160C selama 10-15 minit. Angkat dan sejukkan. Kemudian di cincang kasar.
  2. Satukan butter dengan gula dan pukul dalam mixer hingga lembut dan berkrim..
  3. Masukkan telur satu persatu dan putar lagi.
  4. Masukkan golden syrup dan putar lagi.
  5. Masukkan air mawar dan terus putar.
  6. Ayak tepung bersama baking powder. Satukan tepung bersama pistachio dan letak serbuk buah pelaga. Kacau rata.
  7. Tuangkan adunan tepung dan kacang dalam adunan butter dan kaup balik rata.
  8. Bahagi adunan kepada dua bahagian dan tuangkan dalam 2 loyang 6 inci yang telah di lapik dan di grees dengan sedikit butter.
  9. Bakar dalam oven dengan suhu 170C selama 25 minit.
  10. Setelah masak keluarkan dari loyang dan sejukkan atas redai.



Pistachio Rose Cake


Cream Cheese

25gm coklat masakan putih
175gm cream cheese ( aku guna 250gm )
75gm non dairy whipping cream
25ml air
5gm gelatin
25gm gula aising
1/2 sudu teh pes lemon


Cara-cara
  1. Tabur gelatin pada air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin secara double boiler atau masukkan dalam microwave.
  2. Cairkan coklat masakan putih secara double boiler atau masukkan dalam microwave.
  3. Satukan coklat masakan dengan gelatin, gaul rata dan ketepikan.
  4. Pukul cream cheese hingga lembut. Masukkan gula aising dan pukul adunan rata. Tambahkan pes lemon dan adunan gelatin dan coklat dan pukul sebati.
  5. Dalam bekas lain, putar non dairy whipping cream hingga kental.
  6. Satukan whipping cream dan cream cheese dan kaup balik rata.
  7. Masukkan dalam piping bag. Ketepikan.

Pistachio Rose Cake



Cara Melapis Kek

bunga rose kering
strawberry filling ( boleh pilih filling kesukaan )
pistachio cincang sebagai hiasan


  1. Potong kek kepada 2 keping.
  2. Letakkan  1 keping kek atas papan kek.
  3. Letakkan cream cheese.
  4. Letakkan pula filling dan ratakan.
  5. Tutup dengan sekeping kek lagi.
  6. Ulang proses yang sama hingga habis.
  7. Hias kek dengan taburan bunga rose dan kacang pistachio yang di cincang tadi.
  8. Simpan kek dalam peti ais sebentar sebelum di hidangkan.

Pistachio Rose CakePistachio Rose Cake

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...