Assalamualaikum & selamat pagi semua.... Pagi ni aku nak share resepi durian cheese cake pulak... Maklum la, la ni kan tengah musim durian. Kalau tak buat macam rugi la pulak. Ni aku guna durian yang kat rumah punya. Tapi yang dah frozen la. Ingat simpan nak bagi kakak-kakak aku balik kampung makan. Tapi dah tak leh balik, aku buat cheese cake la. Nanti luruh yang baru pulak ambik simpan buat frozen lain. Yang dalam gambar tu ayah aku beli kat sepupu aku. Sekilo RM10. Ok la, harga durian kampung. Tapi durian kampung ni masalah dia biji besar. Isi pulak sikit. Kalau durian kawin pulak biji kecik, isi banyak. Kalau durian kampung ni hang nak buat cheese cake kurang-kurang dekat 2 bijik jugak la... Saiz pun bukan besar mana. Comel-comel jaa... Untuk cheese cake ni aku sarankan hangpa buat dalam cake ring saiz 7 atau 8 inci sebab aku buat saiz 6 inci. Adunan cheese ada lebih. Terpaksa la aku boh dalam bekas lain. Kalau tengak kat blog kak ita dia buat dalam bekas aluminium so tak yah guna gelatin. Kalau ada yang nak cuba buat macam dia, boleh pi tengok kat sana... Cheeese cake durian ni memang sedap makan sejuk-sejuk. Macam makan ais krim durian.... Kalau ada yang nak mencuba boleh tengok resepi kat bawah tu... Lagi satu, topping tu aku buat separuh adunan yaaa... Ok la, byeee....
Durian Cheese Cake
Base
150 gm biskut Oreo ( kisar hancur )
30 gm Cornflakes ( ramas kasar )
90 gm butter
- Letak cake ring atas papan kek ( sila guna yang 7 inci atau 8 inci, aku guna 6 inci ada lebihan cheescake terpaksa letak dlm bekas lain )
- Satukan Oreo dan cornflakes
- Dalam periuk, cairkan butter. Tuangkan butter yang telah cair dan masih panas dalam campuran oreo dan cornflakes dan gaul rata
- Tuangkan dalam cake ring dan ratakan padat-padat. Kemudian simpan dalam peti ais hingga ia keras.
PASTE DURIAN
6 ulas durian ( kalau nak lebih pun boleh)
3 sudu besar gula ( sukatan gula bergantung pada kemanisan durian )
3 sudu besar gula ( sukatan gula bergantung pada kemanisan durian )
Cara-cara
- Masak isi durian dan gula hingga menjadi paste
- Angkat dan biarkan sejuk
CHEESE DURIAN
250 gm Cheese
400 gm UHT Whipping Cream
20 gm butter
Paste durian ( paste durian yang kita masak tadi bahagi 3 bahagian. 2 bahagian untuk cheese dan 1 bahagian untuk topping nanti )
3 sudu besar susu pekat ( kalau kurang manis sila tambah )
sedikit esen durian atau esen vanilla
20 gm butter
Paste durian ( paste durian yang kita masak tadi bahagi 3 bahagian. 2 bahagian untuk cheese dan 1 bahagian untuk topping nanti )
3 sudu besar susu pekat ( kalau kurang manis sila tambah )
sedikit esen durian atau esen vanilla
12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil
Cara-cara
- Satukan cheese , butter, susu pekat, dan paste durian dalam mixer. Putar hingga adunan sebati dan lembut
- Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan putar lagi.
- Tuangkan UHT Whipping Cream dan pukul sampai kental. Jangan terlebih pukul, UTH Whipping cream akan mencair bila terlebih di pukul
- Keluarkan base bawah dari peti ais dan tuangkan cheese durian di atasnya.
- Simpan semula dalam peti dan sambung buat topping durian.
TOPPING DURIAN ( aku buat separuh adunan )
100 gm badam slice ~ di bakar sebentar ( suhu 160C 5 minit sahaja ) ( aku letak sikit saja )
150 ml susu segar
10 gm gula
Paste durian ( 1 bahagian dari pada paste durian yang kita sediakan tadi )
40 gm susu segar
16 gm tepung kastard
2 biji kuning telur
2 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh esen durian atau esen vanilla
sedikit pewarna kuning
12 gm gelatin dengan 60 gm air dan masak cara double boil
Cara-cara
- Satukan susu, gula dan paste durian, kacau rata dan masak atas dapur sebentar
- Setelah didih masukkan 2 biji kuning telur yang telah di kocok dahulu.
- Satukan 40 gm susu segar dan tepung kastard dan masukkan dalam adunan tadi masak lagi hingga sedikit pekat
- Masukkan gelatin yang telah di cairkan cara double boil dan kacau.
- Tutup api, letakkan pewarna kuning, esen vanilla dan susu pekat manis ( manis tu bergantung pada paste durian, jika kurang manis lebihkan susu pekat )
- Sejukkan
- Keluarkan kek kita tadi dan letakkan topping durian
- Taburkan badam slice yang telah di bakar di atasnya.
- Simpan dalam peti ais semula hingga dingin
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...