Assalamualaikum semua... Ni adalah kek lapis yang terakhir untuk raya ni... Untuk resepi kek lapis ni aku pilih sebab dia ada rasa nescafe... Masa bakar tu bau sedap kot... Kalau hangpa penggemar nescafe mesti kena cuba tau... Kalau ada yang teringin nak buat boleh tengok resepi kat bawah tu... Ok la, aku nak pi pesah buat benda lain pulak.... Byee....
Kek Lapis Nescafe Mocha
C&P : FB Resepi Mama Kent ( Norma Dahlily )
Bahan-Bahan
500gm butter Anchor
100gm gula kastor
1sudu kecil ovallete
10 biji telurgred AA
350gmsusu pekat manis
200gm kaya Yoe's
200gm horlicks
100gm coffemate
2 sachet Nescafe Blend & Brew 3 in 1 ( kalau nak lebih rasa nescafe boleh tambah 1 sachet lagi )
1 sudu makan browning sugar
1 sudu kecil mocha paste
300gm tepung hong kong
Cara-cara
- Pukul mentega gula dan ovallete sampai kembang.
- Kemudian masukkan susu pekat, kaya sampai sebati.
- Masukkan telur satu per satu.
- Kemudian horlicks bersama tepung yang telah disatukan bersama coffemate dan pukul lagi sampai gebu.
- Bahagi kepada 3 bahagian. Warna asli, campuran nescafe 3 in 1 dan campuran mocha paste + browning sugar.
- Bakar selapis demi selapis bermula adunan mocha paste + browning sugar sehingga habis. Kemudian campuran nescafe sehingga habis. Akhir sekali adunan warna asli sehingga habis.
- Bakar lapisan pertama gunakan api atas danbawah. Lapisan seterusnya gunakan api atas sahaja sehingga habs. Suhu 150C atau mengikut kepanasan oven masing-masing.
kopi2 ni favvvvvvvvvv hehehe
ReplyDelete