Assalamualaikum semua.... Sihat kee... Dah masuk hujung tahun pun... Dalam berapa hari lagi kita nak masuk tahun 2020... Tapi tak da pun kereta terbang...Hihihiii.... Ok, lawak ja... Hujung-hujung tahun ni tiba-tiba lapaq kek red velvet pulak... Google punya google jumpa la resepi ni... Tekstur kek ni memang moist... Rugi ooo kalau tak cuba... Kalau nak deco macam aku ni kena bakar dalam dua biji loyang bulat 6 inci. Bila dah masak potong bahagian atas yang tak rata atau merekah tu. Pastu hancurkan bagi jadi serdak kek. Bila dah siap salut kek dengan cream cheese,boleh la salut pulak dengan serdak kek tu... Alang-alang dah ada biskut oreo red velvet, aku pun boh atas kek tu... Nampak cun la jugak... So, kalau ada nak cuba boleh tengok resepi kat bawah...
Kek Red Velvet
C&P : ENYABDULLAH
Acuan 7 inci.
Untuk kek 9 atau 10 inci dan 3 lapis, gandakan menjadi 2 adunan
Bahan A
170g mentega
150g gula castor - saya pakai 120g utk kurang manis
3 biji telur
Bahan B (kering) – ayak sekali
250g tepung naik sendiri
½ sudu kecil baking soda
2 sudu besar serbuk koko
½ sudu kecil garam halus
Bahan C – campur dan sebatikan
1 cawan buttermilk – kalau tak ada gantikan dengan ¾ cawan susu + ¼ cawan heavy cream + 1 sudu besar cuka. Kacau sebati dan biarkan selama 10 minit.
2 sudu besar pewarna merah
1 sudu kecil esen vanilla
Cara penyediaan :
- Pukul mentega sehingga sebati, masukkan gula dan pukul sehingga kembang
- Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul
- Masukkan bahan B (kering) diselang seli dengan Bahan C (cecair). Masukan sedikit demi sedikitdengan membahagi kepada 3 bahagian, mulanya bahan kering dan diakhiri dengan bahan kering
- Panaskan oven pada suhu 160 C ( ikut kepananasan oven masing-masing
- Masukkan aduna ke dalam acuan dan bakar selama 40-45 minit sehingga masak
Nota: Kalau nak deco macam ni kena bakar kek dalam 2 biji loyang bulat 6 inci. Bila kek dah masak & sejuk, potong bahagian atas kek. Hancurkan kek hingga menjadi serdak. Lepastu boleh salut pada kek.
Frosting Cream Cheese
Bahan-bahan
350g cream cheese
70g mentega
200g gula aising
1 sk ekstrak vanilla
Cara penyediaan
- Pukul cream cheese menggunakan speed sederhana bersama mentega hingga kembang dan sebati.Masukkan vanila.
- Masukkan gula aising sedikit demi sedikit sambil diputar perlahan sehingga sebati dan kembangtetapi jangan terlalu lama takut krim menjadi cair
No comments:
Post a Comment
harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...