Friday, 26 February 2016

Chocolate Cake with Blueberry Cream



    Assalamualaikum dan selamat pagi semua.... Pada pagi jumaat ni aku berkesempatan untuk sambut birthdad aku yang ke-27... Alang-alang dah birthday ni aku pun buat la kek yang cun sikit... Hihiii.... Memang tinggi kek yang aku buat ni... Macam nak terbalik dibuatnya.... Kek ni, kek coklat jaa... Cuma disalut dengan cream blueberry.... Sedap jugak rasa gabungan kek coklat dengan cream blueberry.... Untuk deco tu aku buat ala-ala ais krim jatuh... Pekkk...!!! Dah lama aku teringin nak buat kek ala-ala macam ni... Tapi tak tau cara... Ni pun aku pakai hentam jaa... Rujukan pun cuma tengok gambar kat google ja... Tapi kalau ada yang teringin nak cuba boleh cuba versi rendah sikit. Boleh guna loyang 7inci atau 8inci... Yang ni aku guna loyang 6inci... Tinggi kek ni pun sampai 6inci jugak... Ni la kek pertama yang paling tinggi aku pernah buat... Apa-apa pun happy birthday kepada sapa-sapa yang lahir pada bulan februari.... Byeee....





Sumber 1 : Dapur mak Lang
Sumber 2: Dapur Mamasya
C&P : Kzai@Teratakimpian


Bahan A - diayak
2 cwn tepung gandum
1 cwn serbuk koko
1st bpowder
1st soda bicarbonate

4 biji telur
2 cwn gula halus - akak guna 1 3/4 cwn ( aku guna gula perang )
1 cwn susu pekat
1 cwn minyak- akak guna minyak jagung
1½ cwn air panas mendidih


Cara
  1.  Sediakan 4 biji loyang bulat 6inci. Oles dengan butter dan alas dengan kertas serap minyak dan oles lagi dengan sedikit butter.
  2. Pukul gula + telur = kembang (high speed)
  3. Masukkan susu pekat }
  4. Masukkan minyak }low speed
  5. Masukkan bhn A sedikit demi sedikit }
  6. Masukkan air panas dlm adunan tadi (part ni tak perlu pukul just ratakan ngan senduk kayu)
  7. Bahagi adunan kepada 4 bahagian sama banyak dan tuang ke dalam loyang.
  8. Bakar 25-30 minit pada suhu 150C (bergantung kpd oven masing2) sehingga masak.





Blueberry Cream
C&P : Kak Ita ( resepi asal krim strawberry )

4 biji kuning telur
80 gm gula icing
200 gm blueberry filling
24 gm halal gelatin
70 ml air
360 gm krim bukan tenusu
sedikit perisa blueberry


Cara-Cara
  1. Satukan gelatin dalam air dan biarkan kembang. Cairkan gelatin secara kukusan hingga ia larut ~ ketepikan
  2. Pukul kuning telur dan gula secara kukusan hingga berkrim. Masukkan larutan gelatin dan kaca sebati.
  3. Masukkan blueberry filling dan perisa blueberry. Kacau rata.
  4. Dalam bekas pemutar, putarkan krim bukan tenusu hingga kental.
  5. Satukan krim bukan tenusu dalam adunan blueberry dan kaup balik rata.
  6. Sedia di gunakan.





Chocolate Ganache

250gm dark chocolate
125gm whipping cream

Cara-Cara
  1. Satukan kedua-dua bahan dan cairkan secara double boiler.
  2. Sejukan seketika sebelum digunakan





Hiasan

Kon aiskrim
Chocolate ganache
Baki kek yang tidak digunakan


Cara-Cara
  1. Untuk buat bebola ais krim, padat-padatkan baki kek menjadi bulat. Cucuk dengan lidi atau garfu supaya mudah untuk angkat. Curah seluruh bebola ais krim dengan chocolate ganache dan sejukkan dam peti sejuk seketika.
  2. Untuk kon ais krim, celup sedikit dengan chocolate ganache dan terbalikkan semula untuk mendapatkan efek coklat meleleh. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum digunakan..



Cara Melapis Kek
  1. Apabila kek sudah sejuk, buang lapisan atas kek yang tidak sekata. Ketepikan untuk dijadikan bebola ais krim. Kemudian potong kepada dua bahagian. Maka akan ada 8 keping kek kesemuanya.
  2. Letak kepingan kek yang pertama atas papan kek dan sapu blueberry cream seluruh permukaan kek dan letak sekeping kek lagi.
  3. Ulang hingga kepingan kek yang ke-8. Salut keseluruhan kek dengan baki blueberry cream. Simpan sekejap alam peti sejuk.
  4. Keluarkan kek tadi dan tuang chocolate ganache.
  5. Letak bebola ais krim dan kemudian letak kon ais krim atas bebola ais krim...
  6. Hias dengan manik warna-warni dan ceri merah..
  7. Sejukkan sebelum dipotong...


6 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...