Saturday, 6 September 2014

Banana Chocolate Chip Muffins



     Assalamualaiku dan selamat malam semua... Belum terlambat lagi kalau aku nak ucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan... Malam ni aku cuma nak update resepi yang sangat mudah. Muffin je pun... Sapa tak suka muffinkan... Nak buat pun senang... Kali ni aku buat dalam saiz besar sikit... Sebab selalu tengok muffin yang mat saleh dok buat memang besar-besar. Nampak geram pulak... Untuk muffin ni aku dah oter sikit resepinya... Resepi asal letak inti coklat, tapi aku ganti coklat chip. Bila dah ganti bahan, nama pun kena tukar la kannn... Maaf ye kak ros sebab dah ubah resepi ni.... Hihihiii... Ok la, kalau ada yang teringin nak rasa kegebuan muffin ni, boleh la cuba tengok resepi kat bawah ni... K, bye...




Banana Chocolate Chip Muffins

Bahan-bahanya
-2 cawan tepung gandum
-1 1/3 cawan gula ( aku guna gula perang & kurangkan sukatan )
-2 biji pisang yang ranum
-1\2 cawan minyak masak
-2 biji telur
-1\3 cawan susu segar
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 1/2 sudu kecil baking powder
-beberapa titik esen vanila
-beberapa ketul coklat dairy milk ( ros guna jenama meiji) *aku ganti 1/3 cawan mini chocolate chip

Hiasan-hirisan badam



Cara-caranya
  1. Hancurkan pisang dengan menggunakan gelas dan letakkan 1/2 sudu kecil garam.
  2. Ayak tepung gandum bersama baking powder dan soda bikarbonat, kemudian pukul telur hingga berbuih baru masukkan gula, pukul lagi hingga kembang.
  3. Selepas itu, masukkan pisang dan kacau sebati, kemudian masukkan minyak, dan tepung sedikit demi sedikit, titik kan beberapa esen vanila, akhir sekali masukkan susu segar ( bila sebati masukan chocotate chip dan gaul sekejap saja ), masa ni jangan guna mixer ye, guna spatula atau senduk kayu je.
  4. Cedokkan adunan tadi didalam papercup muffin ( isikan 3/4 papercup) dan letakkan coklat di  tengahnya ( tabur hirisan badam ), bakar pada suhu 170darjah selama 18 ke 20 minit, sejukkan atas redai dan tabur sedikit dengan sugar powder. Sedia untuk dihidangkan. Sealmat Mencuba.







3 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...