Sunday, 8 December 2013

Kek Keju Beri Biru & Pisang




     Assalamualaikum dan salam hujung minggu semua... Agak lama jugak la aku tak menghapdate blog aku ni... Sekali sekala nak rehat kejap... Hari ni aku kekmbali dengan kek keju biru dan pisang yang sangat nyamam sekali... Rasa seegar bila dapat menikmati kek keju ni. Dengan gandingan beri biru bersama pisang yang lemak manis membuatkan  satu keping memang tak cukup... Kalau nak tau rasa kek ni macam mana, kena la cuba buat sendiri... Jom kita tengok resepi di bawah nii...








Kek Keju Beri Biru & Pisang
C&P : Rahel


Sponge Cake Mix

Bahan A:
-4 biji telur
-20g gula kastor

Bahan B:
-4 biji putih telur

Bahan C:
-100g gula kastor

Bahan D:
-100g tepung gandum-ayak 2x

Bahan E:
-50g mentega-dicairkan

*1/2 sudu teh blueberry paste


Cara:
  1. Putar bahan A sehingga kembang dan gebu.
  2. Putar bahan B sehingga kental (soft peak),tambahkan bahan C sedikit demi sedikit sambil diputar hingga kaku (stiff).
  3. Masukkan adunan putih telur ke dalam adunan kuning telur.Kacau rata.
  4. Kemudian masukkan bahan D dan kacau perlahan hingga rata.
  5. Masukkan pula bahan E dan gaul rata.Tambahkan blueberry paste.Kacau rata.
  6. Tuang ke dalam loyang 8" dan bakar pada suhu 170'C selama 35-45 minit.

*Biarkan kek sejuk,kemudian bahagi kepada 2 atau 3 lapisan (nanti kita akan guna 1 lapisan sahaja).


Krim Keju:

-270g keju krim (Rahel guna keju krim brand Tatura)
-90g gula kastor
-200g non-dairy whipping cream-diputar hingga gebu. [ aku letak 300gm ]
-4 sudu besar blueberry fruit filling [ aku guna blueberry topping ]
-1 sudu besar gelatin serbuk}
-3 sudu besar air}-rendam gelatin hingga kembang,kemudian double boil hingga larut.


Topping:(satukan dan kacau rata)

-3 sudu besar blueberry fruit filling [ aku guna blueberry topping ]
-4 sudu besar air masak (bukan air panas tau,tapi air yg kita minum)
-4 buah pisang emas-dibelah dua (guna pisang apa pun boleh)



Cara membuat Kek Keju Beri Biru & Pisang:
  1. Putar keju krim hingga rata.Masukkan gula kastor.Putar lagi sehingga licin.
  2. Tambahkan 4 sudu besar blueberry filling.Putar hingga rata.Masukkan pula gelatin yang sudah dilarutkan tadi.Putar hingga benar-benar sebati.
  3. Ambil whipping cream yang sudah diputar gebu tadi dan masukkan ke dalam adunan keju. Gaul rata.
  4. Ambil sekeping kek yang sudah dipotong tadi.Letakkan dalam loyang spring form 8'' [ aku guna loyang 7'' ]. Tuangkan sedikit adunan keju di atasnya (agak2 la ye,lebih kurang 1 cm gitu) dan susun potongan pisang di atasnya.
  5. Kemudian Tuangkan lagi adunan keju krim di atas pisang tadi & ratakan.Sisakan 1 cawan [ yang ni aku tak simpan ] untuk kemaskan tepi kek dan untuk bunga di permukaan kek nanti.Simpan kek keju di dalam peti sejuk selama 2 jam. [ Aku tuang sedikit adunan, ratakan dan susun pisang lagi. Kemudian sapukan lebihan adunan krim dan ratakan. Maksunya ada dua lapisan pisang la ]
  6. Setelah kek dikeluarkan dari peti sejuk,tanggalkan kek dari loyang.Kemaskan tepinya dengan baki keju krim tadi dan paipkan permukaan kek (bahagian tepi) mengikut bentuk pilihan anda.
  7. Akhir sekali kacau rata-rata bahan topping dan tuangkan di permukaan kek keju.
  8. Simpan kek keju di dalam peti sejuk sebelum dihidang.

Pesan:
Sisa adunan keju krim yang satu cawan tadi di simpan di dalam peti sejuk sebelum diguna kan.Jika hendak diguna,keluarkan dari peti sejuk,kacau kembali sampai licin baru diguna.




Sungguh sedap dan nyaman..


2 comments:

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...