Saturday, 21 December 2013

Bingka Pisang



    Assalamualaikum semua.... Ada masak apa petang ni.. Kalau waktu petang-petang macam ni pekena kuih memang sedap... Kalau nak cuba bingka pisang yang sangat sedap dan penuh dengan kelemakkan pisang ni pun boleh jugak... Sangat sesuai kalau buat menu minum petang. Nak buat menu sarapan pagi pun boleh... Tak jadi masalah pun.. Resepi ni aku copy dari kak dayang... Memang sedap rasa bingka ni. Bau pun sungguh harum memikat jiwa... Huhuhuuu... Kena cuba tau... Meh kita tengok resepi kat bawah ni...







Bingka Pisang
Resepi : DayangJack


Bahan-Bahan
-1 cawan tepung gandum
-200 ml santan pekat
-125 air
-3 biji telur C
-2-3 biji pisang emas ranum (dilenyek)
-80g gula pasir (+/-)
-2 sudu besar susu pekat
-2 sudu besar minyak sapi atau minyak masak sayuran
-sedikit esen pisang jika suka
-secubit garam
-sedikit pewarna kuning
-bijan untuk taburan

Cara-cara
  1. Kisar semua bahan di atas (kecuali tepung dan bijan) hingga sebati.
  2. Kemudian masukkan tepung dan kisar/blend sekali lagi.
  3. Sediakan loyang. Sapukan dengan minyak masak (DJ alaskan dengan kertas foil dan disapu minyak masak supaya senang nak dikeluarkan daripada loyang). Tuangkan adunan tadi ke dalamnya dan taburkan bijan secukupnya
  4. Bakarlah ke dalam oven selama 1 jam atau hingga keperangan dengan suhu 160C-170C.
  5. Setelah masak, biarkan sebentar di dalam oven selama 10 minit. Selepas itu bolehlah dikeluarkan. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dipotong. (tapi memang sedap dimakan time ia masih panas sebab terasa sangat kegaringan kerak bahagian atasnya)




Selamat mencuba..


No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...