Assalamualaikum.... Cuaca panas-panas macam ni kalau layan agar-agar memang syok... Sejuk tekak... Memang tak leh henti bila makan agar-agar ni. Dah la cantik, sedap pulak tu... Dengan warna yang menarik akan membuat orang tertarik untuk mencuba agar-agar ni. Aku ni pun makan berkeping-keping jugak. Bukan takat 3,4 keping, dah berkeping-keping masuk dalam mulut ni... Rasa nak kembung pun ada... Hahahahaaa.... Dasyatkan... Ok la, jom kita layan resepi kat bawah ni...
RESEPI AGAR-AGAR PERMATA
By: Kak Lina
Bahan-Bahan
-10g agar-agar serbuk [ aku guna 15gm agar-agar tali ]
-4 cawan air
-1 cawan susu cair
-1/2 cawan gula
-1/2 cawan susu pekat manis
-1sk esen vanilla
-Beberapa Pewarna kegemaran
Cara-Cara:
- Masak agar-agar bersama 4 cawan air dan gula hingga gula hancur.
- Masukkan susu, susu cair dan esen vanilla.Kacau sebentar.Tutup api
- Bahagikan agar2 kepada 5 bahagian.(Ikut suka nak bahagi brp kaler) [ aku bahagi kepada 4 bahagian. Setiap bahagian sebanyak 3/4 cawan ]
- Titiskan pewarna merah untuk satu bahagian, kuning satu bahagian, ijo dan biru [ Letak warna biru, kuning, merah dan hijau ]
- Tinggal satu bahagian dengan warna asal.
- Bekukan agar2 berwarna.Apabila keras, potong kecil2 dan masukkan ke dalam agar2 warna asal.
- Sejukkan dalm esbok
Assalam..
ReplyDeleteTerima kasih sudi cuba rcp ni..Cantik kejadiannya..
kaler pun sweet jer