Wednesday, 1 May 2013

Vanilla Sponge Cake With Blueberry Filling



    Salam dan selamat hari pekerja semua.... Hari ni mesti ramai yang cuti, bangun tidor pun mesti ada yang lewat.. Huhuhuhuuu.... Pagi ni tayang kek lagi... Buat kek ni pun sebab nak habiskan blueberry topping yang ada lebih separuh masa buat kek cheese hari tu. Tak tau nak buat apa. So, buat kek span vanila pastu letak blueberry topping/filling. Hmmmm... Ok jugakkan.... Untuk dekonya aku buat yang paling simple. Takat nak makan sendiri tak cantik pun tak pa. Kalau nak bagi kat orang kita kena mekap-mekap la sikit, bagi come kek tu. Heheheheee... Sapa yang nak try buat boleh la tengok resepi kat bawah ni...



Kek Span Vanila
Sumber:Buku Resepi/Chef Noraini Zakaria
C&P : RAHEL

Bahan:

-120g gula kastor [ aku letak 80gm ]
-10g ovalette
-4 biji telur gred A

-130g tepung kek
-1 sudu teh serbuk penaik}--(A) diayak

-40g air
-60g minyak masak/mentega cair
-1 sudu teh esen vanila


Cara membuat:
  1. Griskan acuan kek bulat berukuran 8'' atau 9'' [ aku guna 2 biji loyang bulat 8 inci ].Lapis dg kertas serap minyak. Panaskan ketuhar pada suhu 180'C.
  2. Satukan gula kastor.ovalette,telur & bahan (A) ke dalam mangkuk pengadun.Pukul dg kelajuan perlahan untuk sebatikannya.Tukar kelajuan tinggi & pukul lagi hingga kembang selama 5 minit.
  3. Perlahankan kelajuan dan tuangkan air & esen vanila.Pukul lagi dengan kelajuan tinggi selama 5 minit hingga adunan ringan dan gebu.
  4. Masukkan minyak atau mentega.Dikacau sebati.
  5. Tuang adunan ke dalam acuan.Bakar selama 45 minit. [ aku bahagi kepada 4 bahagian dan masak satu per satu guna 2 loyang bulat 8 inci pada suhu 150c selama 15 minit atau sehingga kek masak ]
  6. Setelah masak,terlangkupkan agar ia tidak mendap. Selepas 5 minit,terbalikkan semula dan lorek tepinya dengan pisau dan keluarkan kek. Biarkan ia sejuk.



Bahan-Bahan Untuk Deco Kek

-2 cawan fresh cream [ pukul hingga kental ]
-blueberry topping secukupnya [ hancurkan sedikit dengan garfu ]
-sedikit jus oren


Cara-Cara
  1. Setelah kek sejuk, letak satu keping kek atas papan kek.
  2. Renjis jus pada permukaan kek dan sapu fresh cream hingga rata. Letak blueberry topping atas fresh cream tersebut. Ratakan.
  3. Letak sekeping kek lagi dan ulang langkah 2 hingga habis.
  4. Lepa keseluruhan kek dengan lebihan fresh cream. Hias ikut citarasa masing-masing.



Selamat mencuba...
: )

8 comments:

  1. rajinnya topping bagai..cantik dah ni..terliur cam filling tu jugak hehehe..

    ReplyDelete
  2. wahh wahhh. menggodanyaa kekkk.

    ReplyDelete
  3. aishhhh...tak tahan tgk ...

    ReplyDelete
  4. Huhuhu... bila nak dapat buat kek secantik dan sekemas ini ek? Tak pe la, tak mau tanam azam pun nak buat cam ni. Buat stress je... hihihi...ayat orang dah putus asa ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pa mama....
      pelan2....
      nanti mesti boleh punya...
      saya ni pon baru dok belajar lg cara nk deco kek ni...

      : )

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...