Salam semua.... Hmmmm, dah lama jugak aku tak meroti. Rindu la pulak...Huhuuu... Hari ni kita makan roti sihat sikit, Bun Wholemeal Dengan Kekacang. Aku amek resepi ni kat blog kak Surainee. Resepi asal kat sini. Resepi ni aku dah olah sikit, jadi tajuk pun aku pandai-pandai jugak tukar sendiri. Harap tuan resepi ni tak marah la yee... Thehehee... Untuk resepi bun ni aku buat 1/3 daripada adunan asal. Dapat la dalam 8 biji bun yang kiut-kiut ni. Kalau ada sapa-sapa yang teringin nak buat, meh kita pakat tengok resepi kat bawah ni....
Bahan-Bahan
-150 gm wholemeal flour
-50 gm tepung roti
-80-90 ml air sejuk
-10 gm telur [ guna gred c, pukul sedikit dan sukat ]
-1/2 sudu makan mentega
-1/2 sudu makan susu tepung
-1 sudu makan gula perang
-1 sudu teh yis + 2 sudu makan air suam + sedikit tepung dan gula. Satukan dan biar berbuih.
-1/3 sudu teh bread improver
-1/3 sudu teh bread softener
Kekacang
-1 sudu makan biji kuaci
-1 sudu makan biji kuaci hijau
-1 sudu makan walnut*
-1 sudu makan kacang pistachio*dihancurkan
Bahan glis dan hiasan
-lebihan telur + 1 sudu teh madu
-bijan hitam
Cara-Cara
- Masukkan kesemua bahan kedalam mangkuk kecuali kekacang dan mentega. Uli hingga sebati selama 10 minit. Kemudian masukkan mentega dan terus uli lagi.
- Masukkan kekacang dan gaul rata. Biarkan doh naik selama 40minit hingga 1 jam atau doh naik dua kali ganda.
- Keluarkan doh dan tumbuh untuk membuang udara. Bahagikan adunan kepada 8 bahagian (ikut suka) dan rehatkan kembali selama 20-30 minit.
- Sapu bahan glis dan tabur bijan hitam.
- Bakar dalam oven pada suhu 160c [ ikut oven masing-masing ] selama 20 minit atau sehingga masak.
- Sebaik sahaja diangkat, sapukan sedikit butter agar nampak berkilat dan lembut.
Cubit la rasa sikit..
Mmmm...
Sha, rajin nya meroti:)
ReplyDeletetiba2 rasa nk mkn roti fresh...
Deletetu yg rajin nk meroti...