Monday, 31 December 2012

Kek lapis Blueberry Kukus



   Salam semua... Sebelum aku bercerita panjang, aku nak mohon maaf bebanyak kat tuan asal resepi ni sebab aku dah menderhaka kat resepi dia. Ni adalah resepi derhaka yang terakhir bagi tahun 2012. Untuk resepi asal, kek ni nama dia Kek Lapis Evergreen Kukus. Tapi disebabkan aku guna blueberry, maka aku pun tukar nama jadi Kek lapis Blueberry Kukus. Harap-harap tuan asal jangan marah yee.. Klik sini untuk tengok resepi Kek Lapis Evergreen Kukus. Aku amek resepi ni kat blog Dapurku Sayang. Sebelum aku buat kek ni, aku dah buat kek lumut versi ii [  gambar tak dapat disertakan atas sebab-sebab tertentu. Hehehe ], so bila nak buat Kek Lapis Evergreen Kukus ada perasa pandan jugak. Nanti ada rasa nak sama macam dengan kek lumut pulak. Dok pikir punya pikir, dapat la idea nak tukar guna blueberry. Tak sangka pulak jadi sedap. Tapi yang tak syoknya kek ni ada banyak lubang... Ada sapa-sapa boleh bagitau kenapa..? Untuk kek ni aku buat  1/2 adunan guna loyang 7 x 7. Untuk lapis hijau aku tak letak kaler atau pewarna. Untuk lapis putih aku tukar jadi perasa blueberry. Jom kita tengok resepinya..



Lapisan Putih

-5 biji kuning telur A
-110g mentega berkualiti tinggi
-1/6 cawan gula halus
-1/8 tin susu pekat manis
-1/2 cawan horlicks 
-1/4 cawan biskut marie kisar (biskut marie dikisar, diayak dan kemudian barulah disukat)


-Lapisan Blueberry:

-2/3 cawan tepung gandum/tepung hong kong (diayak)
-110g mentega berkualiti tinggi
-5 biji putih telur A
-1/2 cawan gula halus (boleh dikurangkan mengikut citarasa)
-1/4 tin susu pekat manis
-1/2 botol bleberry paste


Cara-cara
Lapisan Hijau :

  1. Kuning telur dan gula dipukul sampai kembang.
  2. Di dalam mangkuk berasingan, mentega dan susu manis dipukul sampai putih dan barulah disatukan dengan kuning telur tadi. Putar sebati dengan kelajuan minima. Kemudian masukkan horlicks dan tepung biskut marie. Putar hingga sebati.
  3. Kemudian adunan dibahagikan kepada beberapa bahagian sama rata dalam bekas/cawan yang sama saiznya.

Lapisan Putih :

  1. Pukul putih telur sampai kembang. Masukkan gula halus dan pukul lagi hingga kental.
  2. Di dalam mangkuk berasingan, pukul mentega bersama susu manis sampai putih dan barulah disatukan dengan putih telur. Putar dengan kelajuan sederhana. Akhir sekali masukkan tepung gandum, blueberry paste dan kacau rata-rata.
  3. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut citarasa. (contoh jika adunan hijau 4, lapisan putih pun 4, atau 5-5, atau 4-5, atau 5-6)
  4. Kukuslah adunan lapis demi lapis hingga habis. Setiap lapisan dikukus lebih kurang 7-10 minit atau hingga dah tak cair. Untuk lapisan terakhir, sila kukus 1/2 atau 1 jam lagi untuk masak sempurna.

Balutkan penutup kukusan dengan tuala ketika mengukus. Boleh juga tutup loyang kek dengan
kertas foil setiap kali mengukus.
Jika air sudah hampir kering, tambahkan dengan air panas.





yang ni dah potong
TAPI...
kek ni ada lubang-lubang
kenapa ya...?


2 comments:

  1. Salam...saya nak tanya macammana nak dapatkan warna yg terang macam warna purple tu..sbb selalu saya buat kek lapis warnanya macam pudar je...adakah di sbbkn saya guna kaedah bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. W'salam... Mmmmm... X pasti pulak kalau bakar warna akan pudar. Ni mgkn bergantung kpd jenis paste yg dgunakan kot. Sbb masa sy buat kek ni cuma guna 1/2 botol pun dah terang x payah tambah pwarna purple lg... Tapi kalau nk terang cuma tambah banyak sikit la pewarna tu...

      Delete

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...