Thursday, 13 December 2012

Bun Jagung Manis



   Salam semua.... Kali ni aku meroti lagi. Buat roti jagung pulok. Dua tiga hari ni menu memang ada kaitan dengan jagung la. Sebabnya jagung kat rumah aku ni dah boleh makan dah. Nak jual, tak la banyak sangat. Tak berbaloi. Maka kita pelbagaikan menu jagung ni untuk menhabiskannya dengan cepat.... Resepi ni aku amek kat JMC. Kalau nak tengok resepi dia, klik sini. Resepi kat bawah ni untuk adunan separuh. Jom tengok resepinya....


Bahan-Bahan [ 1/2 adunan ]


-150gram tepung roti (tepung high protein)
-50gram tepung gandum
-1 sudu besar susu tepung@skim milk [ yang ni aku terlupa letak. hehehee.. ]
-1 1/2 sudu besar gula [ aku tak letak ]
-1/2 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
-20gram @ 1 sudu besar shortening@butter@marjerin
-1 tongkol jagung segar yang belum direbus ( kikiskan isi nye)
-3gram yis atau 1 sudu kecil yis [ aku ganti dengan yis basah ]
-75ml susu suam@air suam [ ganti dengan 40gm susu pekat + 25gm air ]
-2 sudu besar water roux@ 1/2 sudu kecil bread softner @ bread improver
-1/2 sudu kecil baking powder

(kalau guna shortening disarankan masukkan juga 1/2 sudu kecil garam, kalau guna mentega atau marjerin tak perlu, sebab terdapat kandungan garam didalamnye)



* untuk gliss*

egg wash dari (baki telur ditambah dengan 1sudu besar air dan beberapa titik esen vanila) [ aku tambah 1 sudu makan madu ]


Bahan Kastard [ aku memandai tambah ]

-1/3 cawan jagung
-1/2 cawan air
-2 sudu makan susu pekat
-1 sudu makan mentega
-1 sudu makan tepung kastard

Cara-Cara

  1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh, kecuali bahan gliss dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.
  2. [ Aku buat kaedah ni ] Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan kecuali bahan topping dan uli hingga tidak melekat pada tangan, Setelah menjadi doh ambil plastic bersih dah letakkan doh di dalam plastic itu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.
  3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. masa yang diperlukan lebih kurang 40 minit atau satu jam.
  4. Selepas itu, tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin, bahagi doh pada beberapa bebola kecil dan susun di dalam acuan yang ade lubang di tengahnye, macam acuan kek chiffon tu, atau di atas dulang pembakar, pastikan bun tidak disusun terlalu rapat, supaya bun boleh naik dengan baik, biarkan naik dua kali ganda. Peringatan, sebarang acuan dan dulang pembakar mesti di alas dahulu dengan baking sheet supaya senang dikeluarkan dari acuan apabila siap di bakar nanti. Biarkan bun naik dua kali ganda.
  5. [ Ni aku tambah sendiri ] Untuk kastard, campurkan kesemua bahan kedalam pengisar dan kisar sehingga jagung hancur. Masukkan kedalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga kelihatan pekat. Tutup api dan sejukkan.
  6. Gliss permukaan bun dengan egg wash. Kemudian masukkan kastard jagung kedalam plastik bersih. Gunting bucunya dan picit atas permukaan roti. Buat corak yang dikehendaki. Akhir sekali, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
  7. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.




Sungguh gebu....
Sungguh sedap....
Setiap gigitan terasa jagungnya....
Krup... Krup....

No comments:

Post a Comment

harap maaf kalau saya lewat atau tak sempat balas komen anda ...