Saturday, 22 February 2014

Kek Kastad Pandan



     Assalamualaikum semua... Cuaca panas-panas ni tekak pun nak yang sejuk-sejuk ja... Nak makan ala-ala puding atau agar-agar ja... Tapi disebabkan terlebih rajin, aku pun buat la kek kastad pandan yang sangat superb  ni... Apa yang superbnya....? Mesti la kat kastad pandan tu... Dah la penuh dengan haruman pandan, ditambah pulak lemak berkrim santan yang sememangnya sangat sesuai digandingkan dengan pandan tu... Kek span pulak lembut dan sangat gebu... Bila makan bersama-sama memang tak toleh kiri kanan dahhh... Hahahaa... Memang sesuai la kalau buat kek yang macam ni kalau waktu hangat lit-lit... Boleh hilang rasa hangat tu... Thanks Naz sebab dah share resepi yang cun ni... Ok la, jom tengok resepinya...





KEK KASTAD PANDAN

Kek Span Pandan
Bahan-bahan:
-150 gm tepung gandum- ayak
-1 tsp baking powder- ayak
-5 biji telur gred B
-100 gm gula kastor
-1 tsp ovallete
-50 ml susu segar/ susu cair
-1 tsp esen vanilla
-Perisa pandan dan pewarna hijau
-50 ml minyak masak


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk pengadun kecuali minyak masak.
  2. Pukul dengan maksimum speed selama 15 minit atau hingga adunan berkrim.
  3. Masukkan minyak masak dan kaup balik dengan spatula hingga sebati.
  4. Gris dan alas loyang di dasar sahaja. Tuang adunan.
  5. Bakar pada suhu 170 C selama 30 minit dengan api atas dan bawah.
  6. Setelah masak, sisipkan pisau atau spatula di tepi-tepi kek dan terbalikkan ke atas redai. Biar sejuk.




Kastad Pandan

Bahan-bahan:
-1200 ml santan atau susu cair (Naz selalu guna santan kotak)
-1 cawan gula kastor
-10 gm serbuk agar-agar
-100 gm tepung Hoen Kwe warna putih/ warna hijau
-Secubit garam
-Perisa pandan dan pewarna hijau (kalau dah guna tepung Hoen Kwe yang bewarna hijau, pewarna hijau ni tak perlu)


Cara-cara:
  1. Masukkan semua bahan ke dalam periuk. Masak sambil mengacau-ngacau adunan hingga likat. Kacau guna whisk jer.
  2. Bila dah likat, tutup api. Jangan terlalu likat sangat sebab nanti susah nak layer pada kek. ** Kalau guna santan, santan tu tak perlu likat sangat. Santan biasa jer.






CARA MELAPIS KEK KASTAD
  1. Sedikan loyang. Lapik dasar loyang dengan plastik. Kalau tak nak lapik pun boleh juga.
  2. Tuang sedikit kastad dan ratakan. Ambil sekeping kek dan letak di atas kastad tadi.
  3. Kemudian tuang sedikit kastad lagi dan ratakan. Untuk bahagian tepi-tepi kek, sekiranya rasa susah nak masukkan kastad, boleh guna pipping bag. Pancitkan je kastad tu biar penuh di bahagian tepi-tepi kek.
  4. Buat hingga habis kesemua lapisan kek dan kastad digunakan dengan bahagian atas sekali adalah lapisan kastad.
  5. Kemudian hentak-hentak manja sikit loyang tu biar padat kastad tu. Then biar kastad keras.
  6. Bila dah keras, tarik sikit kastad dari tepi-tepi loyang. Nanti nampak kastad akan meregang dari tepitepi loyang. Terbalikkan dan keluarkan loyang dari kek kastad.
  7. Hias ikut suka. Naz selalu sapu kek dengan fresh cream (yang telah kental) atau sapu dengan pipping gel dan taburkan kelapa parut kering.
  8. Simpan beberapa jam di dalam peti sejuk sebelum dihidang sebab kek ni memang sedap dimakan sejuk.



NOTA & TIPS NAZ:
  • Bagi yang kali pertama membuat kek ini, mungkin semasa melapis kek dengan kastad akan mengambil masa sedikit. Bila masa panjang, kemungkinan adunan kastad akan mula mengeras dan ini menyukarkan proses merata kastad pada kek.
  • Tapi, jangan khuatir... Kalau lihat kastad di dalam periuk tu mula mengental, just tambah sikit air biasa atau santan dan kacau kejap di atas api dapur. Nanti kastad tu akan cair semula. So bolehlah terus menyambung kerja-kerja melapis kek anda.




Selamat melapis kek..


Tuesday, 18 February 2014

Puding Roti Bakar



     Assalamualaikum semua.... Ni menu petang tadi... Agak lama jugak la aku tak membuat puding roti bakar ni... Memang sedap kalau makan suam-suam... Sos kastard tu pula kena la sejuk. Baru best makan dengan puding roti ni... Tapi ikut selera masing-masing jugak la nak makan macam mana. Ni cara aku... Kali ni aku cuba buat dalam bekas yang comel-comel yang bersaiz 4''. Dapat la dalam 6 biji... Kalau buat dalam bekas kecik-kecik ni senang sikit kalau nak hidang. Nak makan dalam tu terus pun tak pa.... Kalau tak rajin boleh buat dalam bekas besar terus... Sama ja... TQ kak hana sebab share resepi puding roti bakar yang best ni... Kalau ada yang nak mencuba boleh la tengok resepi kat bawah tu...






Puding Roti Bakar
C&P : Kak Hana

 Bahan-bahan
-7-8 keping roti
-* 500 ml susu segar @ 2 cawan
-* 4 sudu besar gula halus
-* 2 biji telur
-* 1 sudu teh esen vanilla
-* 1 sudu kecil serbuk cinnamon [ tak letak ]
-2 sudu besar butter - cairkan
-3 sudu besar kismis


Cara-Cara
  1. Sediakan mangkuk. Satukan bahan-bahan yang bertanda *. Koyak2kan roti dan masukkan ke dalam mangkuk tadi.Biarkan terendam dan meresap seketika.
  2. Masukkan separuh kismis dan juga butter cair .Gaul sebati. Kemudian tuang ke dalam loyang/bekas yang telah digris dengan sedikit butter.Taburkan baki kismis diatas adunan.
  3. Bakar pada suhu 180 C selama 30 minit atau sehingga masak.



Untuk Sos Kastard

-1 tin susu cair
-1/4 tin air (guna tin susu cair tadi)
-2 sudu besar tepung kastad
-2 sudu besar gula


Cara-Cara
  1. Untuk membuat kuah@sos kastad - Campurkan semua bahan ke dalam periuk dan kacau hingga agak pekat. (kepekatan ikut selera masing2)
  2. Tuang ke atas puding roti tadi. Jika suka sejuk, masukkan peti sejuk dahulu sebelum dipotong dan dituang sos kastad.







 Selamat Mencuba..


Saturday, 15 February 2014

Carrot Oat Cake



    Salam semua... Hari ni nak tayang kek carrot pulak... Sangat sedap kek ni... Dengan lemak-lemak kacang walnut, tambah lagi lemak cream cheese memang tak tahan nak makan kek ni. Huhuhuu.... Kalau tengok resepi tu agak risau jugak nak buat sebab letak oat kan... Apa rasa agaknya... Tapi kata kak ita kek ni sedap dan sangat moist. Memang tak rugi kalau cuba buat. Asalnya resepi ni kat CMG. Kalau resepi asal, tak letak oat tapi letak kelapa kering. Pas tu kak Jee ganti oat... Memang menarik kan... Kalau kita tengok resepi ni kaya dengan bahan-bahannya macam kekacang, nenas dan oat tu sendiri.... Tapi bahan rempah tu aku tak letak sebab aku tak berapa suka kek yang ada bau kulit kayu manis dan buah pala ni... Kalau makan kek ni memang tak mau berhenti... So, kalau sapa yang nak mencuba boleh la tengok resepi ni yee...





Carrot Oat Cake
Sumber 1 : CMG
Sumber 2 : Kak Jee
C&P : Kak Ita

Bahan2nya:
-1 cawan tepung gandum * [ guna tepung kek ]
-1 sudu kecik baking powder * ita guna double action BP(atas saranan kak Jee)
-1/2 sudu kecik soda bicarbonate *
-1/2 sudu kecik garam *
-1 sudu kecik serbuk pala [ tak letak ]
-1 sudu kecik serbuk kayu manis [ tak letak ]* (semua bertanda * disatukan & ayak)
-2 biji telor gred A
-3/4 cawan minyak jagung (kjee guna canola)
-3/4 cawan gula halus (kjee guna gula perang)
-1 1/4 cawan carrot sagat ( guna kitchen paper towels untuk perapkan airnya)
-1/2 cawan nenas tin (cincang kasar2 & toskan)
-1/2cawan oats [ aku guna rolled oats ]
-1/2 cawan gajus - ita guna pistachio (bakar sekejap) [ aku guna walnut ]


Cara membuatnya:
  1. Panaskan oven 180C. Kemudian ambil loyang empat segi 7x7inci dan letak sedikit minyak dan dialaskan dengan kertas minyak. Jika tidak, tabur sedikit tepung setelah diminyakkan acuan itu.
  2. Telor dicampur bersama minyak dan gula. Dikacau kira2 lima minit hingga sebati. Kemudian masukkan semua bahan yang telah diayak. Kacau hingga sebati guna spatula. Kemudian masukkan oats, carrot dan nenas dan gaul lagi dengan spatula. Akhir sekali masukkan kacang gajus yang telah diramas sedikit hingga pecah2.
  3. Tuang ke dalam acuan dan masukkan ke dalam oven. Bakar selama 45 minit hingga 1 jam.





Bahan cream cheese topping:

-1/2 ketul mentega [ aku letak 250gm ]
-1/2  ketul philadelphia cream cheese
-beberapa titis vanilla
-3 sudu besar gula icin
-2 sudu besar whipping cream - ita tambah [ tak letak ]


Cara membuat cream cheese topping:

  1. Satukan semua bahan2 dan putar sampai sebati dan halus. Kjee putar guna tangan. Kemudian sapu atas kek yang telah disejukkan terlebih dahulu. jika terlalu pekat dan susah nak disapukan atas kek, tambahlah sedikit susu segar.




Selamat mencuba..

Friday, 14 February 2014

Heritage Red Velvet Cake



    Assalamualaikum, salam jumaat dan selamat petang semua... Hari ni aku timbul dengan kek red velvet yang memikat jiwa raga.. Huhuhuu... Kenapa memikat jiwa raga, sebab semestinya rasanya la... Sangat sedap mata memandang, apa lagi lidah yang merasa ni... Aduhh.... Sukar nak gambarkan... Kalau ikutkan tarih hari ni, ramai yang akan sambut hari kekasih. Tapi bagi aku la, tak payah sambut kot... Kalau nak sambut hari kekasih pun sambut la hari-hari. Tanda kasih sayang kita kat pasangan masing-masing. Kalau orang single macam aku ni boleh la sambut hari tanpa kekasih... Hihiii... Alang-alang dah hari kekasih ni, dengan sengaja la aku buat kek red velvet bentuk hati. Untuk bentuk hati tu aku buat cara manual. Mula-mula bakar kek dalam dua loyang bulat, pas tu baru potong bentuk hati. Bentuk hati tu boleh la lukis atas baking paper. Lepas tu letak atas kek dan potong kek ikut bentuk hati tu... Kalau ada loyang bentuk hati senang sikit... Ok la, jom tengok resepinya pulak...







Heritage Red Velvet Cake
C&P : Sprinkle Bakes


Cake:
-2 1/2 cups all purpose flour [ aku guna tepung kek + 2 sk BP ]
-1 tsp salt
-2 cups of sugar [ aku letak 1 1/2 cawan ]
-1 cup butter, softened
-2 eggs
-1 tbsp cocoa powder
-1 1 /2 tbsp liquid red food coloring
-1 cup buttermilk
-1 tsp vanilla extract
-1 /2 tsp baking soda
-1 tbsp cider vinegar

  1. Preheat oven to 350 degrees. Grease and lightly flour 2 or 3 round 9" cake pans. [ aku guna 2 loyang 8'' ]
  2. Sift flour and salt together, set aside. In the bowl of a stand mixer, combine the butter and sugar. Mix until light and fluffy . Add the eggs one at a time. Mix well after each addition. Add the flour mix ture to the bowl alternately with the buttermilk, beginning and ending with flour mix ture. Blend in v anilla.
  3. In a small bowl, mix the 1 1 /2 tbsp red food coloring and 1 tbsp cocoa powder until a paste forms. Add to the sugar and butter mixture. Mix well. In a small bowl or condiment cup, stir together the baking soda and cider vinegar. This will foam and should be put into the batter immediately after well mixed. After adding the foam mixture, blend on medium-high speed until batter is consistent.
  4. Spoon batter evenly into pans - batter will be very thick! Level top of batter with an offset spatula. Bake for 25-30 minutes, or until cake springs back when pressed in the center. Turn out on wire racks and cool completely .




Cream cheese frosting:

-2 - 8oz packages of cream cheese, softened
-1 cup butter, softened
-2 tsp v anilla ex tract
-4-5 cups sifted confectioners' sugar [ aku letak 1 cawan jee.. ]


  1. In a large mix ing bowl, beat the cream cheese, butter and vanilla together until smooth. With the mixer on low, gradually pour in the confectioners' sugar. Increase the speed to high and beat until light and fluffy . If mix ture is too thick, add a little milk to loosen it. If it is too thin, add additional powdered sugar or put in the refrigerator to firm up.

*If carving cake and coating with crumbs, be sure to put the crumbs on when the icing is fresh and still sticky .



Sedap,Sedap,Sedap...



Sunday, 9 February 2014

Marble Trio



     Assalamualaikum dan selamat malam semua... Ni menu minum petang aku tadi... Kek ni aku buat semalam. Petang tadi baru potong... Sungguh sedap kek ni bila dinikmati di waktu petang bersama secawan koko panas... Perhhh.... Nikmat, nikmat.... Tekstur kek ni memang sangat gebu dan lembut. Nak buatnya pun sangat senang... Kalau ikutkan memang dah banyak kali aku buat kek ni. Dari belom wujud blog ni aku dah start buat. Memang tak akan mengecewakan anda semua laaa... Huhuhuu... Resepi ni dari mat gebu yang aku copy kat MyR... So, kalau ada yang teringin nak buat, sudi-sudikan la tengok resepi kat bawah tu...






Marble Trio
C&P : CMG/MyR


Bahan-bahan ( Acuan ( 8 x 8 x 3 ) inci )

-300 g mentega, pada suhu bilik
-280 g tepung halus (tepung gandum pun ok)*
-1 camca teh serbuk penaik*
-1 camca besar susu tepung*(*disatukan dan diayak)
-5 biji telur Gred A
-250 g gula kastor
-1 camca besar Ovallate
-30 g Gliserin
-20 g air
-1/2 camca teh esev vanilla
-1/2 camca teh strawberi emulco
-1 camca teh coklat emulco


Cara-cara
  1. Pukul mentega hingga kembang. Masukkan tepung yg telah diayak tadi. Gaul rata dgn mentega. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk yg kering dan bersih. Satukan telur, gula dan ovallate.
  3. Menggunakan kelajuan yg tinggi, pukul adunan hingga kembang dan gebu. Seperti adunan kuih baulu.
  4. Perlahankan speed, masukkan adunan mentega tadi sedikit demi sedikit hingga habis. Masukkan juga gliserin dan air. Gaul hingga rata.
  5. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Satu dicampur dgn coklat emulco, satu lagi dgn strawberi emulco dan satu yg adunan kosong dicampur dgn esev vanila. (Perisa bergantung pada kehendak masing2).
  6. Lenser tin kek berukuran ( 8 x 8 x x3 ) inci dgn mentega dan alas dasarnya dgn kertas minyak. Tuang setiap adunan secara berselang seli hingga habis.
  7. Bila sudah siap. Ambil chopstick atau sudu (gunakan tangkainya). Buat beberapa pusingan pada adunan kek tadi. JGN terlebih pusing, cukup sekadar 3 - 4 kali pusingan.
  8. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 175C selama 40 - 45 minit, bergantung pada oven masing2. Jika selepas 45 minit dan apa bila dicucuk dgn lidi satu dibhg tgh2 kek dan hasilnya tidak kering. Tutup permukaan tin kek dgn tudung periuk dan tambah masa membakar 5 - 10 minit lagi. Uji kek selepas 5 minit dibakar. Bila masak keluarkan kek dari tin dan sejukkan. Tujuan meletakkan "tudung periuk" ialah untuk mengelakkan kek hangus pada permukaannya.




Selamat Mencuba..

Friday, 7 February 2014

Cheese Cake



     Assalamualaikum semua... Ni N3 yang tak sempat nak update dua minggu lepas. So, hari ni aku baru sempat nak share kepada pelawat blog aku ni... Aku ni memang peminat tegar cheesecake... Kalau nampak sapa-sapa yang share resepi cheesecake kat blog depa, aku kompem copy resepi tu dan simpan pada masa yang sesuai untuk aku cuba... Macam biasa, kalau deco cheesecake ni aku suka letak fresh cream dan blueberry topping... Memang peberet aku la... Kalau nak makan macam tu ja pun ok jugak..Tak nak banyak cerita, jom kita tengok resepi kat bawah tuu...







CHEESE CAKE@KEK KEJU 
Sharing: lina_pg 

Bahannya: 
-200g cream cheese( TATURA CHEESE.)lina pg gn 250g 
-400 ml susu segar (lina pg gn 1tin susu cair) 
-100 g mentega 
-100 g tepung gandum 
-100 gram gula halus 
-4 biji telur saiz A 
-1st esen vanila 
-1st jus lemon(xbubuh pn xpe) 


Cara2nya: 
  1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan. 
  2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia xjatuh apabila mangkuk cuba diterbalikkan) 
  3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika.ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan 
  4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan esen vanila/jus lemon, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2). 
  5.  sapu acuan kek dengan marjerin dan taburkan tepung disekelillingnya [ aku guna loyang 8'' ]. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek 
  6. Bakar pada suhu 160'c guna api ATAS BAWAH selama 50 min-sehingga btul2 masak dn menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar) - Lina pg bako suhu 150'C 
  7. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. 
  8. Biarkan selama 10min kek didlm loyang barulah dikeluarkan supaya tepi2nya regang dn senang dikeluarkan dn dapatlah tepi2 kek yg licin gitu.JGN GATAL TGN NK MENCUNGKIL2 TEPINYA.KANG COMOT XLICIN LAK TEPI2 KEK TU..
  9. Simpan didlm peti peti sejuk dulu lg enak dimkn timekeknya sejuk...



Selamat Mencuba..

Wednesday, 5 February 2014

Mascarpone Tiramisu Cake



   Assalamualaiku... Petang ni aku nak share resepi kek lagi. Kali ni buat Mascarpone Tiramisu Cake. Memang sangat beraroma kek ni...Harum dengan bau kopi... Digandingkan pula dengan keju mascarpone yang harganya yang sangat mak aii mahal betol... Kalau nak dibandingkan dengan cream cheese, memang jauh beza harganya... Harga untuk 250gm pun dah nak sama dengan 500gm cream cheese... Kalau nak bandingkan rasa pula, memang rasa mascarpone cheese ni lebih sedap... Nasib baik rasa sedap, memang berbaloi aku buat... Untuk deconya aku cuma susun wafer stick perisa kopi kat tepi-tepi kek tu... Baru nampak cun kann... Cun ke...? Tak kisah la, janji sedap kat mulut ni... Kalau resepi asal buat dua lapisan kek, tapi aku buat tiga lapisan... Kalau ada yang berminat nak buat, boleh la tengok-tengok resepi kat bawah tu... Jangan malu-malu tau...








Mascarpone tiramisu cake
C&P :  Evelyn Gemina

Coffee sponge cake:

Bahan A
-4 biji kuning telur
-16g gula kaster
-1/2 sk esen vanila
-1 sb coffee paste

Bahan B
-4 biji putih telur
-100g gula kaster

Bahan C
-100g tepung gandum

Bahan D
-50g corn oil


Cara-Cara :
  1. Pukul bahan A hingga kembang & gebu. Ketepikan.
  2. Pukul pula bahan B hingga kembang & bertanduk.
  3. Satukan bahan A yang di pukul tadi dengan bahan B hingga sebati.
  4. Masukkan bahan C, gaul sebati.
  5. Akhir sekali, masukkan bahan D & gaul hingga sebati.
  6. Tuang aduan ke dalam loyang 20 cm yang telah di griskan & alaskan dasarnya dengan baking paper.
  7. Bakar pada suhu 160 C selama 30 minit . Sejukkan sepenuhnya atas wire rack.




Filling:

Bahan A
-2 biji kuning telur
-50g gula kaster

Bahan B
-1 sb gelatin
-35g air

Bahan C
-250g mascarpone cheese

Bahan D
-150g whip cream, dipukul


Cara-Cara:
  1. Gaul bahan2 A atas double boiler hingga pekat.
  2. Kemudian, satukan bahan B, cairkan atas double boiler. Campurkan dengan bahan A tadi, ketepikan.
  3. Pukul bahan C hingga lembut. Satukan kedalam adunan tadi. Kemudian, masukkan pula bahan D, kaup balikkan hingga sebati.


Coffee syrup:
-80g air
-40g gula kaster
-2 sb serbuk kopi segera


Cara-Cara:
  1. Masak air dan gula hingga mendidih.
  2. Kemudian, masukkan serbuk kopi. Kacau sebati. Sejukkan.





Cara-Cara Menyusun kek:
  1. Potong kek kepada tiga lapisan.
  2. Letak satu lapisan kek atas cake board, lembabkan dengan coffee syrup. Sapu filling atasnya.
  3. Kemudian, letak pula lapisan kek yang kedua, sapu lagi baki filling dan letak lapisan kek yang terakhir, tutup & sejukkan selama 3 jam.
  4. Taburkan serbuk koko atasnya & hiaskan.



Selamat Mencuba...



Monday, 3 February 2014

Kek Span Oren Sunkist dan Mousse Keju Oren



    Assalamualaikum semu... Belom terlewat kalau aku nak ucap selamat tahun baru cina kepada yang menyambutnya... Semoga tahun kuda ni membawa banyak tuah kepada yang mempercayainya... Sempena tahun baru cina ni aku pun suka-suka hati la buat kek yang ada kaitan dengan tahun baru cina ni... Guna buah limau... Memang sangat sedap kek ni sebab ada rasa masa-masam limau dan lemak berkrim dari mousse keju tu... Bau kek ni pun memang harum semerbak dengan bau buah limau. Resepi asal kek ni cuma buat dua lapisan, tapi aku dah derhakakan dengan buat tiga lapisan. Lepas tu salut pulak dengan fresh cream... Sedap habaq hiang kek ni... So, kalau ada yang teringin nak memcuba boleh la tengok resepi kat bawah ni....








Kek Span Oren Sunkist dan Mousse Keju Oren
C & P : FnF

Kek Span Oren Sunkist
Sumber: Kak Ita

Bahan A
-4 biji kuning telur
-20 gm gula
-30 gm jus oren
-1 biji parutan kulit oren

Bahan B
-4 biji putih telur
-100 gm gula castor

Bahan C
-100 gm tepung gandum (ayak)
-70 gm mentega cair (dicairkan)


CaraCara
  1. Panaskan oven pada suhu 170 C. Sediakan loyang bulat 8 inc. Griskan loyang dengan butter dan alas dasar loyang dengan kertas minyak.
  2. Pukul bahan A hingga ringan dan gebu.
  3. Dalam bekas lain yang bersih dan kering, pukul pula putih telur hingga berbuih. Tambahkan gula (100gm) dan terus putar dengan kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kental dan bertanduk ( meringue).
  4. Masukkan 1/3 bahagian adunan putih telur ( meringue) kedalam adunan kuning telur dan kaup balik dengan spatula hingga rata. Masukkan semua baki adunan putih telur dan ratakan secara kaedah kaup balik juga sehingga adunan bergaul sempurna.
  5. Masukkan tepung yang telah di ayak dan kaup balik adunan hingga rata. Akhir sekali masukkan butter cair dan kaup balik semula hingga semua adunan bergaul sebati
  6. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 170C selama 25~ 30 minit atau sehingga adunan dibakar sempurna (suhu bergantung pada kepanasan oven masin-masing)
  7. Segera keluarkan kek dari loyang setelah masak dan sejukkan atas redai. Kek yang lewat dikeluarkan akan penyek atau turun akibat tarikan graviti.
  8. Potong kek kepada 3 lapisan. Ketepikan.





Mousse Keju Oren
Sumber1 : CMG
Sumber2 : ABM

-200g creamcheese - dilembutkan
-60g gula kastor
-1 biji buah oren sunkist - buang kulit dan biji, dikisar menjadi puree
-1 1/2 sudu besar gelatin halal
-110ml air panas@suam
-200ml whipping cream


Cara-Cara
  1. Didalam mangkuk, masukkan creamcheese dan gula. Putar sebati. Kemudian, masukkan puree oren sunkist kedalam adunan. Putarkan sebati. Ketepikan.
  2. Didalam mangkuk kecil, masukkan gelatin dan air panas. Kacau rata sehingga gelatin larut.
  3. Sementara tunggu gelatin larut, didalam mangkuk lain, putarkan whipping cream sehingga gebu dan kental. Jika diterbalikkan mangkuk, cream tak tumpah. Jangan terlebih putar nanti cream bertukar semula menjadi cecair. Kemudian, masukkan kedalam mangkuk berisi creamcheese tadi. Kaup balik dengan sebati.
  4. Kemudian, masukkan gelatin kedalam adunan dan gaul sebati. Bahagi 2 bahagian sama banyak.






Topping

-1 tin limau mandarin - toskan air nya tapi jangan dibuang
-1sb serbuk gelatin
-4 1/2 sb air panas


Cara-Cara
  1. Larutkan 1 sb gelatin dalam air panas. Campurkan ke dalam 150g air limau mandarin dalam tin. Kacau hingga sebati. [ untuk bahagian ni aku buat 1 sudu kecil gelatin larutkan dalam  50ml jus limau mandarin ]


Assemble
  1. Sediakan loyang (loose pan). Letak 1 keping kek span oren.
  2. Lapiskan dengan 1 bahagian mousse keju oren.
  3. Letak 1 keping kek span oren lagi. Lapiskan dengan 1 bahagian mousse keju dan letak kepingan kek yang terakhir.
  4. Simpan peti ais sehingga mousse mengeras.
  5. Akhir sekali susunkan buah limau dalm tin atas kek dan letakkan topping jelly [ aku cuma sapu atas buah limau jee.. bagi nampak berkilat. ]. Sejukkan 3-4 jam dalam peti ais sebelum dikeluarkan dari loose pan.



Selamat mencuba...