Wednesday, 31 May 2017

Puding Karamel Tanpa Telur



      Assalamualaikum semua... Menu apa untuk berbuka kejap lagi... Aku buat puding hari ni... Memang sedap puding ni walaupun tak letak telur... Macam mana aku tau kata sedap, sebabnya aku buat semalam. Bila dah beku tu, terus la rasa... Jangan kata aku tak puasa pulak nooo.... Sebelum ni pernah buat puding karamel tanpa telur ni, tapi yang beza resepi kali ni cuma tak letak susu pekat ja... Walaupun tak letak susu pekat, rasa dia tetap sedap... Tambah-tambah bulan puasa ni... Nama puding, kompem sedap. Nak-nak makan sejuk-sejuk... Glurppp.... Dugaan betolah.... Hahaa.... Sabar-sabar. Kejap ja lagi... Kali ni aku cuba buat dalam bekas kecil-kecil pulak. Nampak comel kan... Kalau rasa malas tu boleh la buat dalam loyang terus.... Ok la, meh tengok resepi kat bawah tu...



Puding Karamel Tanpa Telur
C&P : Nina Mirza

Bahan-bahan

ini utk gula hangusnya :-
1 cawan gula
sedikit air

Pudingnya plak :-
4 cawan air
1 packet serbuk agar-agar (7gm) / 4 sudu kfc (rata) serbuk agar-agar
3/4 cawan gula **** jika suka manis boleh tambahkan sikit lagi
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanilla

Cara Penyediannya
  1. Masak gula dengan api yang perlahan. Kacau sentiasa.Setelah gula cair dan keperangan masukkan sedikit air. Selepas masukkan air, kacau segera supaya gula tak berketul. Tuang dalam loyang. Ketepikan ….***** (HATI-HATI semasa masukkan sedikit air selepas gula keperangan kerana wap panas akan terpercik)
  2. Didihkan 4 cawan air bersama serbuk agar-agar , gula dan esen vanilla. Masak hingga benar-benar mendidih.
  3. Dalam mangkuk yang lain, tuang susu cair dan tepung kastard. Kacau hingga larut. (Nina guna jug, lagi mudah)
  4.  Setelahair mendidih, kecilkan api. Masukkan susu cair + tepung kastard yang telah dikacau sebati. Kacau hingga likat dan pekat dalam 5-7 minit.
  5. Tuangkan adunan ke dalam loyang . (di atas gula hangus tadi) Sejukkan dalam peti ais
  6. Terbalikkan dan sedia dihidangkan. ……. ( nanti gula akan berada di atas – barulah cantik )




Monday, 29 May 2017

Kuih Cara Manis



     Assalamualaikum.... Bertemu kembali hari ni.... Alhamdulillah, hari ni hari ketiga kita berpuasa... Tapi cuaca agak panas jugak la kat perlis ni... Kalau nak buat aktiviti kat luar pun rasanya macam tak payah la kot... Sebab takut letih la pulak... Tapi kalau ronda dalam mall tu ok kot sebab ada ekonn... Hahahaaa.... Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share satu resepi kuih paling mudah dan ringkas. Bahan-bahan pun tak banyak... Cuma perlu ada acuan dia ja... Untuk resepi kuih cara ni aku copy kat blog CMG... Tima kasih che mat yer... Kalau sapa-sapa nak tengok menu-menu yang sedap boleh la pi tengok kat sini. Untuk kuih cara ni aku buat separuh adunan asal... Sebab buat separuh ni pun dapat banyak jugak dalam 11 pasang... Klau isi rumah tak banyak boleh la buat separuh adunan macam aku... Ok la, meh tengok resepi kat bawah tuu... 




Kuih Cara Manis
C&P : CMG

BAHAN-BAHANNYA

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan kelapa (nak sedap guna yang fresh)
2 biji telur
3 helai daun pandan
Beberapa titik pewarna hijau
Gula pasir secukupnya, sebagai inti
Garam secukup rasa (bagi rasa lemak2 masin)
Sedikit minyak masak, untuk lenser acuan


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Daun pandan dicuci, potong kecil dan kisar bersama santan, kemudian tapis. Satukan bersama tepung gandum, pewarna hijau, telur dan kacau rata dengan whisk hingga semua sebati, tambah garam secukup rasa. Kacau dan tapis adunan tadi. Ketepikan sebentar.
  2. Panaskan acuan kuih cara (acuan kuih baulu) atas dapur gas, bila panas kecilkan api pada tahap minima. Lenser sedikit minyak masak pada setiap ruang acuan (guna daun pandan yang dilipat, diikat dan diracik hujungnya).
  3. Isi adunan tadi dalam bekas bermuncung (kole atau teko) tuang dalam setiap acuan tadi hingga hampir penuh. Letakkan sedikit gula pasir pada setiap kuih (anggaran 1/3 camca teh). Tutup permukaannya acuan dengan tudung periuk. Masak hingga kueh menjadi pucat dan tidak melekat bila disentuh.
  4. Berhati2 keluarkan kuih dari acuan dan sejukkan. Oles sedikit minyak setiap kali memasak kuih yang baru. Hidangkan untuk berbuka.... Selamat mencuba..





Saturday, 27 May 2017

Agar-agar santan sirap rose


      Assalamualikum semua... Macam mana harini puasa pertama, Mesti ok kan... Alhamdulillah kat perlis ni cuaca mendung-mendung sikit.. Hujan pun ada turun jugak... Kurang la rasa panas dan dahaga tu.... Ok lah berbalik pada menu untuk berbuka hari ni, aku cuma buat menu yang ringkas ja... Agar-agar je pun... Sapa-sapa pun boleh buat... Agar-agar ni aku buat semalam. Kalau buat awal tak kalut... Lagi pun agar-agar ni kalau buat awal pun tak pa, sebab boleh simpan dalam peti sejuk kann... Awal-awal ramadan ni aku tak berapa rajin nak buat benda-benda yang berat... Buat yang mudah-mudah dulu... Kalau ada kelapangan baru la rajinkan diri tu buat resepi lain.... Rasanya lepas ni teringin nak buat kuih la pulak.... Kalau rajin lah yerrr.... Ok la, meh kita tengok resepi kat bawah tuuu...




AGAR-AGAR SANTAN SIRAP ROSE
BY: Naz @ovenkecil.blogspot.com



Bahan-bahan :
1 paket serbuk agar-agar 10 gm atau 11 gm
1 liter air (4 cawan)
200 gm gula pasir (lebih kurang 1 cawan)
200-250 ml santan pekat (1 cawan) - (Naz guna santan kotak jer & boleh kurang kuantiti kalau nak dapatkan lapisan santan/atas yang nipis sedikit)
1 biji telur ayam - masukkan dalam santan dan kocak sikit dengan garfu
Secubit garam
1-2 sudu besar sirap rose ATAU beberapa titis pewarna pink dan perisa rose
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpulkan


Cara-cara:
  1. Masak 1 liter air bersama gula dan serbuk agar-agar hingga gula larut.
  2. Kecilkan api dan masukkan campuran santan bersama telur, garam dan sirap rose. Masukkan juga simpulan daun pandan.
  3. Kacau dan tunggu hingga menggelegak atas api sederhana. PENTING!! Bila menggelegak, biar seketika lebih kurang 1-2 minit atau boleh kuatkan api dapur dan biar adunan mengelegak kuat sambil dikacau-kacau. Kacau ni untuk mengelakkan adunan membuak dan melimpah dari periuk. Pandai-pandailah adjust api dapur tu ye. Nanti akan kelihatan adunan santan jadi berbintil-bintil. Tutup api.
  4. Basahkan loyang atau apa-apa acuan kegemaran dengan air. Kemudian tuang adunan agar-agar santan dan biarkan mengeras. Boleh simpan di dalam peti ais untuk mendapatkan agar-agar yang sejuk dan umpphhh bila masuk ke tekak..heheheeee...






Wednesday, 24 May 2017

Kek Onde-Onde



       Assalamualaikum semua.... Dah lama aku tak bersiaran... Sebelum kita menyambut bulan ramadhan ni, apa kata aku belanja resepi kek onde-onde yang sedap dan mabelesss yang aku copy dari blog kak diana... Terima kasih kak sebab sudi share resepi... Saya panjangkan kat sini pulak nohh.... Kalau ikutkan resepi asal untuk buat cupcake, tapi dah diubah jadi kek... Aku pulak cuma buat saiz 6inci ja... Padan la nak makan pun bukan ramai mana... Kalau nak buat saiz besar, sila gandakan adunan tu macam kak diana buat... Lepas ni rasanya kek-kek ni orang kurang nak layan dah sebab bulan puasa ni orang nak layan kuih, agar-agar, puding dan lauk pauk. So, sebelom puasa, kita layan kek dulu.... Apa-apa pun selamat menyambut bulan ramadhan... Jangan saja-saja nak tinggal puasa lak nanti... Hihihiii... Bye....





 C&P : Kak Diana
 Resipi Oleh ~ For The Love of Food ( TQ )

ONDE-ONDE CUPCKES
Makes 12 cupcakes

Real Pandan Extract
1 huge bunch of pandan leaves, cut into smaller pieces
1/2 cup water

Method
  1. Blend the pandan leaves and water together in a blender.
  2. Strain the pandan juice through a fine sieve, or a cheesecloth if you prefer.
  3. Squeeze out as much juice as you possibly can.


Pandan Cupcake
( Buat 2 kali adunan di bawah untuk versi kek | guna loyang 8 1/2 inci dan bakar pada suhu 180°C selama 25 minit atau sehingga kek masak ) ( untuk saiz kecik macam aku buat, cuma buat satu adunan saja, guna 2 loyang saiz 6inci, bakar lebih kurang 15-20 minit atau sehingga masak )

1 1/2 cups plain flour
1 1/4 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
3/4 cups caster sugar
125g unsalted butter at room temperature
2 tablespoons real pandan extract
2 eggs
1/2 cup milk

  1. MethodPreheat oven to 180 deg.
  2. Sieve flour, baking powder and salt through a fine sieve. Set aside.
  3. Beat butter and sugar together until white and fluffy.
  4. Add in eggs, one at a time.
  5. Add flour mixture, alternating with milk and the pandan extract. 
  6. Scrape down the sides of your mixing bowl and beat for another minute or two until the batter is well incorporated.
  7. Divide the batter equally into a muffin tin that has been lined with cupcake liners.
  8. Bake in the oven for 15 to 17 minutes, or until a skewer inserted comes out clean.
  9. Ensure that the cupcakes are cooled down to room temperature
    before you core and fill them.






Sirap Gula Melaka
Resipi Oleh ~ Akak Ayu @ Curlybabe's Satisfaction ( TQ )

Bahan-Bahan
200 gm gula melaka
2 cawan air

Cara-Cara
  1. Masak bahan-bahan di dalam periuk hingga 1. pekat dan springy.
  2. Masak hingga air gula menjadi dalam 1 cawan. Matikan api dan ketepikan.

 NOTE ~
Adunan akan cepat mengeras setelah ianya sejuk. Dinasihatkan supaya sentiasa memanaskan sirap gula melaka ini di atas api kecil.





Untuk versi kek onde-onde ini Diana gabungkan dengan Cream Cheese
Frosting. Resipinya rujuk di bawah ya.

Bahan-Bahan Frosting & Hiasan

500 gm cream cheese _ pada suhu bilik
227 gm unsalted butter _ pada suhu bilik
1 cawan - 1 1/2 cawan gula aising _ di ayak ( jika anda tidak suka manis, boleh bubuh 1 cawan. Jika yang suka manis tu bolehlah bubuh 1 1/2 cawan ya )
1 tbsp sirap gula melaka _ rujuk resipinya di atas
Hawaiian coconut flakes secukup kegunaan untuk hiasan

Cara-Cara
  1. Pukul cream cheese seketika. Kemudian masukkan unsalted butter dan pukul sebati.
  2. Kemudian masukkan gula aising dan pukul sehingga kembang.
  3. Masukkan sirap gula melaka dan pukul rata.
  4. Ambil sekeping kek dan lapis kek dengan krim dan drizzle sirap gula melaka di atasnya. Lapiskan lagi dengan sekeping kek dan ulang proses ini hingga kek habis digunakan.
  5. Sapukan keseluruh kek dengan krim dan hias mengikut kreativiti masing-masing.