Assalamualaikum semua.... Hari ni berkesempatan untuk update resepi brownis yang cantik ni... Selalu orang buat kaler merah, tapi kali ni buat kaler ijau pulak... Nampak lain la sikit kan... Hihiii.... Alang-alang aku dah muncul ni aku nak ucapkan selamat hari ibu, selamat hari jururawat & selamat hari guru...
Green Velvet Marble Cheese Brownies
C&P : Cheq Sue
Bahan-bahan (loyang 4 segi 8x8 inci)
125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
1/2 sudu kecil garam
60g mentega - suhu bilik
110g gula halus 100g
1 biji telur saiz A - suhu bilik
1/2 sudu kecil essen vanilla
120ml susu segar - suhu bilik
1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
1/2 sudu kecil pewarna hijau
1/2 sudu kecil coklat emulco
1/2 sudu kecil cuka
1/2 sudu kecil baking powder
Cara-Cara
- Panaskan oven suhu 170 C. Alas loyang dengan paper sheet. Biar kertas lebih dari loyang, senang nak keluarkan kek nati.
- Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit.
- Ayak tepung dan garam. Ketepikan.
- Dalam magkuk, pukul mentega hingga berkrim, masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit. Kemudian masukkan telur dan vanilla, pukul sebati.
- Satukan susu segar, pewarna merah dan coklat emulco. Kacau sebati.
- Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan didahulu tepung dan diakhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega. Habiskan dalam 3x tuang.
- Satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble.
- Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.
Bahan-bahan lapisan cheese:
(Resepi dari Rinchann Fotopages)
250g cream cheese
1 cawan gula castor 3/4 cawan
1 biji telur gred B
Cara-cara:
- Pukul cream cheese hingga gebu.
- Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.
- Selepas 20 minit keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.