Thursday, 26 February 2015

Kek Aiskrim Oreo & Selamat Hari Lahir



     Assalamualaikum dan selamat petang semua.... Sejak dua menjak ni cuaca sangat panas... Nak keluar jalan-jalan pun tak berapa rajin rasanya... Ye la, bahang panas tu terasa sangat. Baik dok kat rumah. Aku buat kek aiskrim ni pun sebab nak sambut birthday aku hari ni... Tak sangka dah tua aku niii... Huhuuu.... Disebabkan sekarang ni kan musim panas, tekak ni pun nak makan la yang sejuk-sejuk... Kalau kek biasa tu, macam tak best la kan... Mo kalau kek aiskrim tu memang ngancam la, tambah-tambah macam cuaca sekarang ni... Kek aiskrim oreo ni aku buat kecik ja... Buat makan 3, 4 orang ja... Kalau ada yang tak tahan tengok kek aiskrim ni boleh la cuba buat sendiri... Selamat Hari tua untuk aku.... Byeee...







Kek Aiskrim Oreo
Rujukan 1 : Rahel
Rujukan 2 : Qasey Honey


Kek Span Vanilla
C&P : Kak Ita

4 biji telur gred A
180 gm gula halus
170 gm tepung kek
70 gm air
5 gm baking powder ( 1 sudu teh)
15 gm ovellete
50 gm minyak jagung
1 sudu teh esen vanilla ~ cari yang oil base


Cara-Cara
  1. Satukan, tepung kek dan baking powder kemudian di ayak. Kalau rajin ayak 3 X kalau rasa macam nak cepat sekali pun ok!
  2. Masukkan semua bahan ke dalam mesin pemutar kecuali minyak jagung. Kemudian putar dengan speed perlahan dulu.
  3. Bila nampak dah bersatu, tukar speed laju dan putar hingga ringan dan gebu. Jangan putar lama sangat ya.. sampai dia dah gebu aje.. kalau lama nanti lepas bakar kek turun. Bila dah gebu, tutup mixer..
  4. Tuangkan minyak dan kaup balik dengan spatula aje.. hingga rata. Jangan lama-lama tau kaup balik.. sampai rata minyak tu aje..
  5. Bahagi adunan kepada 2 dahagian. Satu dituang ke dalam loyang bulat 8 inci dan satu lagi dituang ke dalam loyang 9x9 inci.
  6. Bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak. Setelah masak biar kek sejuk di atas redai.
  7. Apabila kek sejuk, potong kek bulat kepada dua bahagian. Untuk kek 9x9 inc, potong kepada 3 bahagian lebih kurang 2.5 inci  setiap satu ( contoh gambar kat bawah ).






Cara Penyediaan


-1 1/3 cawan fresh cream ( dipukul hingga soft peak )
-aiskrim oreo ( lebih kurang 2 bekas )
-biskut oreo
-chocolate ganache
-kek span ( resepi diatas )

Cara-Cara
  1. Sediakan loose tin 7". Letakkan sekeping kek bulat pada dasar loyang. Kemudian susun kepingan kek setinggi 2.5 inc pada keliling kek hingga kemas.
  2. Masukkan aiskrim dan ratakan. Apabila telah penuh, tutup dengan kepingan kek bulat 8 inc.
  3. Simpan dalam peti sejuk pada bahagian beku selama semalaman atau lebih daripada 3 jam.
  4. Apabila kek telah beku sepenuhnya, keluarkan kek dari loyang dan salut keseluruhan kek dengan fresh cream. Kemudian hias dengan chocolate ganache dan biskut oreo.
  5. Simpan semula dalam peti ais pada bahagian beku sebelum dihidangkan.







Wednesday, 25 February 2015

Kek Pisang Berkeju




    Assalamualaikum semua... Petang aku nak share satu lagi koleksi kek pisang.. Kek pisang ni lain sikit sebab ada letak parutan keju dalam adunan tu... Lagi la lemak berkrim... Untuk hiasan aku letak lagi keju parut kat atas kek tu... Ok la, sampai kat sini dulu la... Nak tulis panjang-panjang pun tak ada idea... Bye...






Kek Pisang Lembap Berkeju
C&P : CMG

Bahan-Bahan
-120 ml minyak jagung (kalau nak rasa lemak boleh guna mentega cair)
-3 biji telur gred A
-115 gram tepung gandum*
-1 camca teh soda bicarbonate*(*disatukan, gaul rata dan diayak)
-60 gram gula perang @ soft brown sugar
-1/4 camca teh garam halus
-1 camca teh ovallate
-Beberapa titik esen pisang
-1/4 cawan parutan keju cheddar
-125 gram pisang embun, dihancurkan
-2 biji pisang embun, satu dipotong kiub besar2 dan satu dihiris bulat2 untuk hiasan ( aku ganti keju parut )


Cara-Cara
  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat berukuran 8 inci dengan mentega, alas dasar tin dengan kertas minyak, lenser juga kertas tadi. Ketepikan.
  2. Putar gula perang, garam dan ovallate hingga rata. Masukkan telur dan putar pada kelajuan tinggi hingga adunan menjadi kembang dan pekat seperti adunan kuih baulu. Perlahankan kelajuan, masukkan pisang lecek dan esen pisang. Putar sebati.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. T uang minyak jagung, gaul rata. Masukkan parutan keju dan pisang yang dipotong kiub. Gaul rata dengan spatula. T uang dalam tin tadi dan hias permukaannya dengan hirisan pisang.
  4. Bakar dalam oven selama 45 minit atau hingga masak. Sejukkan sekejap dan boleh keluarkan dari tin kek. Sejukkan sepenuhnya atas jaringan sebelum dipotong. Selamat mencuba!!.



Wednesday, 18 February 2015

Cheese Pineapple Rolls




      Assalamualaikum semua... Malam ni aku nak share resepi tat nenas yang sangat sedap ni... Cair dalam mulut tau... Hihiii... Buat tat nenas ni kekonon nak amek mood raya cina laaa... Ok la kann... 1 Malaysia... Lagi satu aku ada letak keju parut atas tat nenas ni... Lagi la sedap. Kejap ja habis okk.. Kalau ikutkan resepi asal cuma tat nenas biasa  ja... Tak letak cheese parut pun.. Aku ja yang pandai-pandai letak keju parut.. Huhuu... Ok la, takat ni dulu. Selamat tahun baru cina, Happy chinese new year & Gong xi fa cai...






PINEAPPLE ROLLS
Resepi : Chef Alan Ooi
Sumber :  Rahel
C&P : Kak Rohah

Bahan A
220 gm mentega
60 gm icing sugar [diayak]

Bahan B
1/2 tsp vanilla essence
1 biji telur [ambik yang kuning je mcm Rahel]

Bahan C
250 gm tepung gandum [kalau boleh ayak sampai 3x]
60 gm tepung jagung
30 gm tepung susu

Glazing; 2 kuning telur

Hiasan
Keju parut secukupnya


Cara-Cara
  1. Sebatikan bahan A.Tambahkan bahan B.Gaul rata.Masukkan bahan C.Uli hingga menjadi doh lembut.
  2. Tekankan ke dalam acuan tat gulung.Letak jem nenas.Gulung kemas.Susun dalam dulang pembakar yang telah digris atau diletak baking paper.Sapukan kuning telur & tabur keju parut.
  3. Bakar dalam oven pada suhu 165 darjah celcius selama 20 hingga 25 minit.



Inti Nenas
500 gm nenas
150 gm gula
2 kuntum bunga cengkih


Cara-Cara
  1. Buang kulit nenas, potong kecil.Blend hingga halus.
  2. Masak nenas, gula dan bunga cengkih sehingga pekat.
  3. Biarkan sejuk, buat bentuk bujur.




Saturday, 14 February 2015

Red Velvet Chocolate Chip Muffins



    Assalamualaikum dan selamat malam semua... Hari khamis yang lalu kita dikejutkan dengan kehilangan seorang tokoh agama yang amat tersohor iaitu Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik  Mat. Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah kepada beliau. Amin... Berbalik kepada resepi kali ni, aku nak kongsikan satu resepi muffin yang sangat menarik untuk dicuba. Disebabkan aku ni suka sangat dengan red velvet ni, aku pun cari la resepi muffin yang ala-ala red velvet ni. Jumpa jugak yang berkenan di hati. Tak payah mana pun. Rasa pun sedap. Untuk adunan ni aku buat sparuh. Dapat dalam 8 biji... Ok la, jom tengok resepinya....







Red Velvet Chocolate Chip Muffins
C&P : lemonsforlulu.com

-3 Tablespoons unsalted butter
-1 ½ ounces bittersweet chocolate
-2 cups flour
-1/3 cup cocoa powder
-2 teaspoons baking powder
-¼ teaspoon salt
-1/8 teaspoon baking soda
-2/3 cup sugar
-2/3 cup milk
-½ teaspoon vanilla
-1 bottle (1 oz) red food coloring
-2 large eggs lightly beaten
-1 cup chocolate chips


Instructions

  1. Preheat oven to 425.
  2. In a microwave safe bowl combine butter and chocolate. Heat for 45 seconds. Stir. Continue to heat in 15 second intervals until butter has melted. Stir until smooth. Let chocolate cool to room temperature.
  3. In a large bowl, combine flour, cocoa powder, baking powder, salt and baking soda. Stir with a whisk. In a separate bowl, combine sugar, milk, eggs, vanilla and food coloring. Stir.
  4. Add chocolate mixture as well as milk mixture to flour. Stir just until combine. Gently fold in chocolate chips. Using a large cookie scoop, drop dough into lined muffin tins. Make for 5 minutes. Reduce oven temperature to 375 and bake an additional 10 minutes or until toothpick inserted in the center comes our clean. Let muffins cool in pan for 5 minutes before removing to a cooling rack. Makes 12-18 muffins.






Thursday, 12 February 2015

Apam Pisang Gebu




    Assalamualaikum dan selamat pagi semua... Sejuk sunggu pagi-pagi ni. Nak mandi pun boleh rasa malas. Ye la, rasa macam nak jirus air ais kat badan. Tapi mai waktu tengahari nanti, panasnya yang amat... Panas lit-lit orang utara kata... Apa pun meh kita layan apam pisang yang gebu ni... Memang gebu dan lembut... Tak tipu... Rasanya kalau apam pisang ni cicah dengan nyok / kelapa parut lagi sedap wehhh... Kalau makan macam tu saja rasa macam makan kek pisang kukus la pulak... Mana-mana pun boleh... Memang sesuai kalau nak buat sarapan atau minum petang... Resepi ni aku copy kat blog kak yatie... Mekasih... Jom kita tengok resepinya pulak...







Apam Pisang Gebu
C&P : Kak Yatie

Bahan-bahan :
-8 biji pisang emas / 6 biji pisang berangan - saya guna pisang yg dah di lenyek dlm 1 cwn
-4 biji telur
-1 cawan gula
-3/4 cawan minyak jagung / minyak masak / mentega cair
-2 cawan tepung gandum
-1 sudu kecil soda bikarbonat
-1 sudu kecil baking powder


Cara-Cara
  1. Panaskan kukusan. Glis loyang dengan sedikit marjerin dan taburkan tepung. Ketepikan.
  2. Ayak tepung gandum bersama soda bikarbonat dan baking powder. Ketepikan.
  3.  Lenyek pisang hingga hancur dan ketepikan dulu.
  4. Pukul telur dan gula dengan menggunakan whisk hingga gula hancur.
  5. Masukkan minyak dan sebatikan.
  6. Masukkan campuran tepung dan kacau rata.
  7. Masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan kacau hingga rata.
  8. Tuang adunan ke dalam loyang.
  9. Kukus dengan api sederhana selama 40 minit.


Nota :
  • Boleh gantikan tepung gandum dengan tepung naik sendiri tapi tidak perlu tambah baking powder dan soda bikarbonat.
  • Boleh tambah cokelat urai ke dalam adunan jika suka.
  • Jika guna acuan kecil2 dan comel2, kurang masa mengukus. 15 minit sudah memadai.



Tuesday, 10 February 2015

Japanese Cheese Cake



    Assalamualaikum semua.... Hari ni aku kembali dengan kek cheese pulak. Lama dah tak makan kek cheese yang gebu gebas ni... Sedap ok.. Kalau kek cheese macam ni kejap ja lesap depan mata... Untuk resepi ni aku cuba dari buku resepi yang kak wan / citarasawan bagi dulu. Thank You kak wan sebab bagi buku resepi yang best ni.. Lama dah buku ni aku dok peram... Bukan malas nak buat, tapi malas nak taip resepi kat blog bila dah buat tu.. Lagi satu, resepi tu dalam bahasa indonesia... Harap-harap apa yang aku tulis kat sini betol lah nooo... Huhuuu... Cheese cake ni takla jauh beza sangat resepi dia. Cuma yang bezanya ada letak parutan keju dalam adunan tu... Lagi la syok makan... Yang lawaknya, mak aku cakap makan cheese cake ni cerin bulu roma... Hahahaaa... Mau taknya, mak aku ni bukan suka makan kek cheese. Kalau kek butter dia memang setuju la... Kek orang dulu-lulu.. Tak pa la mak, nanti cek pi cari resepi kek yang tak cerin bulu roma naa... Hahahaa.... Bye...




Japanese Cheese Cake
Step-by-Step PUDING AGAR-AGAR & cake pudding
Yeni Ismayani

Bahan-Bahan
-175ml susu cair
-175g cream cheese
-75g mentega
-40g tepung gandum
-10g tepung jagung
-5 butir kuning telur
-5 butir putih telur
-100g gula pasir
-1/2 sudu teh cream af tartar
-75g keju parut
-2 sudu teh coklat paste
-esen vanila


Cara-Cara
  1. Panaskan susu cair dan cream cheese, adun rata. Masukkan mentega, tepung gandum  dan tepung jagung, adun rata. Masukkan kuning telur dan esen vanila, adun sebati dan ketepikan.
  2. Pukul putih telur, gula pasir dan cream of tartar hingga kaku. Ambil sedikit adunan putih telur dan satukan ke dalam adunan kuning telur, kemudian masukkan ke dalam putih telur, adun sehingga rata semula. Masukkan keju parut.
  3. Ambil sedikit adunan, masukkan coklat paste, adun rata. Tuang adunan ke dalam loyang oval, tuang adunan coklat dan lorekkan menjadi bentuk marble.
  4. , kBakar di dalam oven dengan cara au bain marie selama 45 minit atau sehingga masa, keluarkan dari oven dan biarkan sejuk.





Sunday, 8 February 2015

Agar-Agar Koko Bintik Horlicks



    Assalamualaikum semua... Bertemu kembali... Dah lama blog aku ni menyepi tanpa khabar... Tapi nak ucap juga la terima kasih kepada yang sudi mai jenguk walaupun aku jarang nak update. Lepas ni aku akun usaha juga bagi selalu update supaya blog ni tak sunyi lagi. Berbalik pada resepi hari ni, aku nak share resepi agar-agar yang sangat sesuai bila waktu panas-panas ni. Kat belah utara ni memang panas sangat-sangat. Mai waktu petang rasa sejuk sikit dengan angin yang agak kuat jugak la. Rasa la sejuk. Bila dah panas-panas ni, tekak pun nak la benda-benda yang sejuk.. So, boleh la cuba resepi ni.. Sedap ooo.. Resepi ni aku copy kat kak Roz.. Timakasih kak...







Agar-Agar Koko Bintik Horlicks
Saiz: 8" persegi

Bahan-Bahan
-13g Serbuk Agar-Agar
-220g Gula
-1.1 liter Air
-400g Susu Ideal
-3 sb Serbuk Koko
-2 sb Susu Pekat
-4 sb (bersamaan 1/4 cwn) Horlicks


Cara-Cara
  1. Didhkan serbuk agar2 & air sehingga larut. Masukkan gula & masak sehingga gula larut. Masukkan susu Ideal & masak sehingga mendidih.
  2. Bahagikan kepada 2 bahagian yg sama banyak. Masukkan koko & susu pekat ke dlm satu bahagian. Masukkan horlicks kedlm bahagian satu lagi.
  3. Tuangkan adunan horlicks ke dlm bekas 8" persegi & biarkan beku. Potong sebesar 1cm kiub dgn pisau bergerigi. Sambil sediakan bahagian horlicks, jgn lupa kacau senantiasa bahagian koko supaya tidak membeku.
  4. Tuangkan bahagian koko ke dlm 8" persegi. Taburkan ketulan2 horlic ks tadi (ia tidak akan terus tenggelam sbb adunan koko sudah suam). Biarkan agar2 sejuk sepenuhnya sebelum di masukkan ke dlm petisejuk. Hidangkan sejuk & di potong2.