Wednesday, 31 October 2012

Goreng Pisang



  Selamat petang semua. Tengahari tadi memang panas. Dah dua, tiga hari dok macam ni... Tiba-tiba petang tadi hujan pulak... Ahhhh... lega rasanya... Bukan apa, panas-panas ni kurang selesa nak memasak. Berpeluh.... Biasala la, negeri perlis ni kan terkenal dengan negeri paling panas dalam malaysia... Apa-apa pun, petang ni aku masak goreng pisang untuk dinikmaati selepas hujan... Sejuk dan nyaman.... MMMmmmm.... Goreng pisang pulak panas-panas.... Memang syokk... Jom semak resepinya....



Bahan-Bahan

-5 sudu makan tepung beras
-2 sudu makan tepung jagung
-1 sudu teh air kapur makan
-sedikit serbuk kunyit
-air secukupnya
-6-8 biji pisang
-garam secukup rasa


Cara-Cara

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali pisang. Jadikan batter.
  2. Kupas dan belah pisang memanjang kepada 3 atau 4 keping.
  3. Panaskan minyak.
  4. Celup pisang dalam batter dan goreng dalam minyak yang banyak.
  5. Goreng hingga keemasan. Angkat dan toskan minyak.
  6. Sedia dinikmati.



rangup dan sedap... aku selalu guna pisang awak. kalau boleh amek yag tak da biji..

Monday, 29 October 2012

Puteri Ayu


 Assalamualaikum dan selamat petang semua.. Petang ni makan apa..? Aku petang ni minum petang dengan puteri ayu. Resepi ni aku oter sikit, aku tmbah susu cair. Ni lebihan masa buat kek hari raya tu la. Ada sikit je lagi. Kalau nk buang rugi dan membazir pulak. Dok pikir-pikir baik guna untuk buat kuih. So aku pun buat puteri ayu la.. Mai tengok resepinya...

Bahan-bahan

-1 biji telur gred A
-70gm gula
-50gm tepung gandum
-40ml susu cair
-1/2 sudu teh ovalette
-1 sudu teh pes pandan
-1 helai daun pandan
-kelapa parut + garam secukupnya


Cara-Cara
  1. Panaskan pengukus. Simpul daun pandan dan masukkan dalam pengukus.
  2. Pukul telur, gula dan ovalette hingga kembang.
  3. Masukkan pes pandan, susu cair dan tepung. Gaul rata.
  4. Sapu sdikit minyak pada acuan. Bubuh sedik kelapa dan tekan supaya rapat.
  5. Kemudian tuang adunan tadi. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak.




bestnya bau pandan....

Sunday, 28 October 2012

Mee Goreng di petang hari



  Petang-petang ni kalau makan mee goreng memang best. Kali ni aku guna daging korban yang disedekah masa raya korban hari tu. Kalau simpan lama-lama daging tu dah tak best, so aku pun tambah dalam mee goreng tu. Hmmm... Jom tengok cara nak masaknya.


Bahan-Bahan

-350gm mee kuning
-2 pokok sawi
-220gm daging
-5 biji cili kering [ rendam ]
-6 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 sudu besar kicap pekat
-2 sudu besar kicap cair
-1 sudu besar sos tiram


Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan mee kuning.
  2. Tumbuk cili kering dan cincang bawang putih dan bawang merah.
  3. Bersihkan daging, potong nipis-nipis dan rebus. Simpan air rebusan.
  4. Tumis bawang putih, bawang merah dan cili kering yang ditumbuk hingga naik wangi.Masukkan daging rebus. Tambah air rebusan daging jika perlu.
  5. Tambah kicap pekat, kicap cair dan sos tiram.
  6. Masukkan mee kuning. Kacau seketika. Kemudian masukkan kesemua sayur dan gaul rata.
  7. Angkat dan hidangkan.

Friday, 26 October 2012

kek, kek dan kek



 Haaa.... Ni dia antara kek yang aku buat untuk hari raya aidiladha tahun ni... Orang lain sibuk buat korban aku sibuk buat kek. Hahaha... Ni pun semua jasa dari blog yang aku join, kalau tak satu biji kek pun tak jadi. Antara kek yang aku buat ialah kek puding karamel ( resepi kat sini ), kek pisang poppyseed ( resepi kat sini ), kek coklat kukus cream cheese ( resepi kat sini dan kat sini ), mocha chiffon sponge kek ( resepi kat sini ) kek velvet ombak beralun ( resepi kat sini ) dan kek lapis evergreen kukus ( resepi kat sini ) Walaupun rupa tak sama macam resepi asal, tapi rasa masih sedap... Terima kasih bloger-bloger masakan sebab berkongsi resepi anda...

Thursday, 25 October 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha


Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat islam... Gambar yang kat atas tu adalah kek tempahan kawan aku. Tima kasih la buyen sebab oder kat aku. Dua biji pulak tu.. Tahun depan oder lagi... Hihiiii...
Nanti bila-bila free aku boh resepinya.... SELAMAT BERHARI RAYA......

Monday, 22 October 2012

Bun Gulung kismis dan coklat chip



Selamat petang semua. Hari ni aku nak kongsi satu rsepi yang first time aku buat. Resepi ni pun aku copy kat DTS. Resepi untuk roti tu aku kekalkan, cuma tukar tang inti. Kalau nak tengok resepi asal klik kat sini. Meh kita pakat cuba....


Bahan-Bahan

-250gm tepung roti
-50gm gula
-1/2 sudu teh garam
-1 sudu besar susu tepung
-1/4 sudu teh bread improver
-1/4 sudu teh bread softerner
-30gm telur [ pecah, kacau dan timbang ]
-6gm instant yeast
-20gm shortening
-125ml air suam

Bahan Taburan
-1 1/2 sudu besar mentega dicairkan
-3 sudu besar gula perang
-1/2 cawan kismis
- 1/2 cawan  coklat chip

Bahan Hiasan
-badam hancur


Cara-Cara

  1. Untuk doh, larutkan yis dalam air suam. Biar berbuih. Satukan semua bahan kecuali shortening. Masukkan bancuhan yis dan gaul rata hingga menjadi doh. Masukkan shortening dan terus menguli sehingga mendapat doh yang kenyal dan anjal. Bulatkan doh dan letak dalam bekas dan balut dengan plastik bersih selama 45 minit.
  2. Selepas 45 minit, keluarkan doh dan tumbuk untuk membuang udara. Tekan dan canai sehingga menjadi empat segi ( tabur tepung jika melekat ). Sapu dengan mentega cair dan tabur gula perang diikuti kismis dan coklat chip. Gulung seperti swiss roll. Gulung ketat-ketat. Potong dengan pisau tajam.
  3. Isi potongan dalam paper cup 4 inci. Tekan sedikit, biar leper. Peram selama 45 minit lagi. Sapu telur ( baki 30gm ) dan tabur dengan badam hancur. Bakar pada 180C selama 25 minit. Keluarkan dari oven, sapu dengan mentega cair. Biar sejuk, sedia dihidangkan.




nampak hangit sikit, tapi tak pa, sedappp....!!

Sunday, 21 October 2012

Kuih Kaswi Pandan


Selamat petang semua... Dah minum petang ke blom..? Aku baru ja lepas menikmati minum petang bersama kuih kaswi pandan. Resepi ni aku pinjam kat blog DTS. Resepi asal dia buat untuk gula merah. Aku ubah sikit, bagi jadi pandan. Bukan apa, senang nak sukat. Guna sukatan cawan. Mudah pun mudah. Meh tengok bahan-bahanya....


Bahan-Bahan

-3/4 cawan tepung gandum*
-1/4 cawan tepung ubi*
-1/2 sudu makan tepung pulut* [ disatukan dan diayak ]
-3/4 cawan gula pasir
-5 helai daun pandan [ dikisar dan ambil jusnya ]
-1 1/2 cawan air
-1 sudu teh air kapur makan
-beberapa titik pewarna hijau
-kelapa parut + sedikit garam

Cara-Cara
  1. Panaskan pengukus. Sapu sedikit miyak pada loyang 7 x 7.
  2. Daun pandan dikisar dengan menggunakan 1/2 cawan air.Tapis jus pandan tersebut.
  3. Satukan kesemua bahan kecuali kelapa parut. Kacau rata menggunakan whisk. Tapis adunan tersebut kedalam loyang tadi. Tutup pengukus dengan kitchen towel.
  4. Kukus selama 30 minit atau sehingga masak
  5. Sejukkan dan potong. Golekkan ke dalam kelapa parut.



mmmm.... manisnya...

Saturday, 20 October 2012

Sandwich Sardin dan Lada Benggala


  Salam dan selamat pagi semua. Pagi ni nampaknya cuaca mendung di sebelah pagi. Patut la, awal-awan pagi tadi rasa best sangat tidor. Nak bangun pun rasa malas. Sejuk katakan... Apa-apa pun memang kena bangun jugak. Sebabanaya lapar... Tu ja keja aku makan, makan, makan... Hahaha... Nasib baik badan tak naik. Pagi ni cuma masak sandwich je... Nak goreng nasi, dah jemu.. Hmmmm... Jom tengok resepinya....

Bahan-Bahan [ untuk seorang makan ]

-1/4 biji lada benggala [ didadu ]
-roti sandwich
-1/4 bawang besar [ didadu ]
-1 ulas bawang putih
-1 ketul sardin
-3 keping tomato
-2 sudu makan mayonis
-sos cili


Cara-Cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang putih. Goreng ikan sardin seketika. Sejuk dan hancurkan sardin.
  2. Masukkan lada benggala ke dalam mayonis dan gaul rata.
  3. Susun hirisan tomato diatas roti sandwich diikuti campuran lada bengala dan mayonis. Letak sardin yang dihancurkan, bawang dan sos cili. Letak kepingan roti ke dua.
  4. Potong mengikut bentuk yang dikehendaki.


mmmm... terliur tak...?


Friday, 19 October 2012

Meehoon Goreng



 Tadi masa tengah dok goreng meehoon, tiba-tiba hujan turun. Lebat sangat. Hujan rahmat kot.Tapi takot jugak dok hujan selalu. Bukan apa, takut banjir. Besa la, rumah aku ni memang selalu kena banjir. Nak buat macam mana, dugaan. Hmmmm... Aku goreng meehoon ni bukan apa, kemarin tak puas makan kuay teow. Meh tengok style meehon yang aku goreng nihhh....


Bahan-Bahan

-2 keping meehoon
-2 batang pokok sawi
-200gm taugeh
-200gm daging
-3 ulas bawang putih
-3 sudu makan kicap cair
-4 sudu makan sos tiram
-4 sudu makan sos cili
- 1 sudu teh cili flakes [ ni aku tambah ]

Hiasan
-bawang goreng
-telur dadar

Cara-Cara

  1. Rendam meehoon, basuh dan toskan.
  2. Potong daging kecil-kecil dan rebus. Simpan air rebusan tersebut.
  3. Tumbuk bawang putih dan panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau.
  4. Masukkan kicap, sos cili, sos tiram dan cili flakes. Goreng seketika.
  5. Masukkan daging yang direbus tadi.
  6. Masukan meehoon dan gaul rata. Jika meehoon kelihatan kering, tambah sedikit air rebusa daging.
  7. Akhir sekali barulah masukkan sayur dan gaul rata.
  8. Sedia dinikmati. Hias dengan bawang dan telur goreng.

Thursday, 18 October 2012

Kuih Lopes


 Malam ni aku nak buat kuih lopes. Kuih ni memang senang. Cuma bahan utama dia beras pulut ja. Aku buat malam ni bukan apa, senang, esok tak payah sibuk-sibuk nak buat sarapan. Selalunya kuih ni selalu beli waktu bula puasa, bulan-bulan lain orang jarang jual. Sebab apa aku tak tau. Ni memang peberet ayah aku. Hari-hari dia beli masa bulan posa. So, aku pun belajar buat la. Pas ni dah tak yah beli selalu dahhh...

Bahan-Bahan [ menghasilkan dalam 10 biji ]

-200gm beras pulut
-1/2 sudu teh pewarna hijau
-1/2 sudu teh perasa pandan
-kelapa parut + secubit garam
-daun pisang [ saiz 5cm x 20cm ]
-gelang getah [ untuk ikat pulut ]

Air Gula

-3/4 cawan gula merah
-1/2 cawan gula pasir
-1/4 cawan air
-1 helai daun pandan [ disimpul ]


Cara-Cara

  1. Cuci beras pulut dan rendam selama 2-3 jam. Tambah pewarna hijau dan perasa pandan.
  2. Kemudian toskan.
  3. Ambil daun pisang dan buat kelongsong seperti membalut ketupat palas. Masuk beras pulut kedalam kelongsong daun pisang dan lilit membentuk segi tiga. Ikat dengan gelang getah.
  4. Masukkan beras pulut yang telah siap diikat kedalam periuk yang telah didihkan dengan air.
  5. Rebus selama 30 minit atau sehingga masak. Sejukkan dan golek dalam kelapa parut.
  6. Untuk air gula, masak kesemua bahan dan tapis.


kuih lopes belum dimasak



kuih ni kalau buat malam pastu makan pg esok pun ok lg. Janji x salut dengan kelapa parut, tkot basi.




selamat mencuba..

Kuay Teow Goreng Simple


 Syukur hari ni tak hujan. Tak la rasa ngantok sangat. Boleh la jemur baju banyak-banyak. Ye la, dah dua tiga hari hujan turun waktu petang. Nak basuh baju pun takut tak sempat kering. Pastu mesti ada bau-bau yang kurang best. hehehe... OK... Hari ni rasa nak masak kuay teow la. Lagi-lagi makan waktu petang dan pekena segelas teh tarik. Perhhhh... Apa nak kata. Jom-jom pakat tengok resepinya...

Bahan-Bahan

-350gm kuay teow
-120gm ayam [ potong nipis-nipis ]
-100gm sotong
-200gm taugeh
- 150gm kobis bulat
-6 ulas bawang merah
-4 ulas bawang putih
-1 sudu besar kicap
-2 sudu besar sos tiram
-2 sudu besar cili kisar / sos cili
-minyak untuk menumis
- sedikit bawang goreng untuk hiasan


Cara-Cara

  1. Basuh dan toskan kuay teow.
  2. Cincang bawang putih dan bawang merah.
  3. Bersihkan sotong dan ayam. Potong mengikut saiz yang dikehendaki.
  4. Tumis bawang putih dan bawang merah. Kemudian masukkan cili kisar / sos cili. Tumis hingga wangi.
  5. Masukkan sotong dan ayam. Tambah sedikit air jika kering.
  6. Perasakan dengan sos tiram dan kicap.
  7. Masukkan kuay teow dan sayur-sayuran. Kacau rata.
  8. Hidangkan dengan bawang goreng.

Wednesday, 17 October 2012

Apam Gula Hangus


Petang ni nampaknya hujan macam kemarin  jugak. Tapi tak la lebat sangat. Hujan-hujan ni rasa malas nak kluar. Bukan apa, sejuk.... Pastu takut demam la pulak. Kalau macam tu, boleh la buat kuih. Hari ni rasa nak buat kuih yang senang-senang sudahlah. Contohnya macam apam gula hangus ni. So, jom tengok cara nak buat dia...


BAHAN-BAHAN

-1 1/4 cawan tepung gandum
-1/4 cawan tepung susu
-1/4 cawan gula
-1 biji telur
-1 sudu teh soda bikarbonat
-1/4 cawan air
-1/2 sudu teh ovalette [ ni aku tambah ]
-1/2 sudu teh esen vanilla [ ni aku tambah ]
-1/2 cawan gula pasir + 1/2 cawan air [ jadikan gula perang ]

CARA-CARA
  1. Sediakan gula perang. Sejukkan
  2. Ayak tepung, susu dan soda bikarbonat. Ketepikan.
  3. Pukul telur, gula, esen vanilla dan ovalette hingga kembang. Sepas itu masukkan air.
  4. Masukan gula perang dan tepung berselang-seli. Gaul rata.
  5. Tuang kedalam acuan yang telah disapu sedikit miyak.
  6. Kukus selama 10 minit atau sehingga masak







Jangan masukkan adunan sampai penuh, nanti jd mcm ni. Melimpah.Dah tak cantik...



PotAi




Tu dia, banyaknya petai. Fresh dr kebun lagi. Ni ayah aku baru kutip dr kebun. Mai-mai pakat makan petai tengahari ni. Bagi busuk sikit mulut. Huhuhu....

Tuesday, 16 October 2012

DOnat

donat

Petang-petang ni tak sangka pulak hujan nk turun. Kemarin cuma mendung je.. Waktu-waktu ni kalau tidur mesti best. Tapi kan, perut ni rasa kosng plak. Macan nk makan... Tp rasa malas pulak nk masak. Perut punya pasal, kita buat donat.... Hoyehhh... Resepi ni aku amek kt sepupu aku. Dulu dia buat untuk jual, sekarang dah tak buat dah. Sibuk agaknya nk jaga anak-anak. So, sapa-sapa yang nak try bleh amek resepi ni yekkk...


BAHAN-BAHAN

-150gm tepung gandum
-1 sudu teh yis
-25ml air
-1sudu makan susu tepung
-1 biji telur
-1 sudu makan miyak
-1sudu teh garam
-gula secukupnya untuk digolek pada donat



CARA-CARA


  1. Ayak tepung, garam dan susu tepung dalam mangkuk.
  2. Masukan kesemu bahan lain kecuali gula ke dalam pengisar. Kisar bahan tersebut hingga hancur.
  3. Masukkan bahan yang dikisar kedam mangkuk dan jadikan doh. Uli hingga menjadi doh. Rehatkan selama 20 minit.
  4. Canai doh dan terap dengan acuan donat.
  5. Susun di atas dulang yang telah disapu sdikit tepung. Rehatkan selama 20 minit lagi.
  6. Goreng dalam miyak banyak sehingga perang. Pastikan miyak betul-betul panas.
  7. Angkat dan toskan. Golek dalam gula.
  8. Sedia dinikmati panas-panas




ni yis yang aku guna (gambar dari google)




Ni yg belom bersalut gula

Monday, 15 October 2012

seri muka @ pulut sekaya


Hari ni aku nk kongsi satu resepi yg telah aku buat beberapa hari yg lalu. Ni try yg ke2 sbb yg pertama x berapa menjadi... hehehe...  Resepi ni asalnya aku amek kt mat gebu, pastu aku olah sikit. besa la br nk mencuba. Yang tak menjadi  tu sebab pandai2 ubah resepi orang. Orang kata menderhaka. tu yg tak mau jadi.  Hehehee... Mintak ampun....


BAHAN-BAHAN

Lapis Bawah

-250 gm beras pulut
-200ml pati santan  ( 1/2 biji kelapa fresh)*
-1 sudu teh garam*[disatukandan dikacau]
-1 helai daun pandan ( disimpul )

Lapis Atas

-2 sudu besar + 1 sudu teh tepung gandum
-4 1/2 sudu teh tepung jagung
-1/2 sudu makan tepung kastad
-130gm gula pasir
-3 biji telur GRED A
-1 sudu teh garam
-320ml pati santan (1/2 biji kelapa fresh)
-10 helai daun pandan ( dikerat pendek )
-1/2 sudu teh serbuk jintan



CARA-CARA


  1. Rendam beras pulut selama 30 minit dan toskan
  2. Panaskan pengukus. Masukkan beras pulut ke dalam loyang 8x8x3 inci.Masukkan bancuhan santan. Letak simpulan daun pandan dan kukus selama 20-25 minit. Keluarkan adunan pulut dan tekan bagi padat. Ketepikan
  3. Untuk lapisan atas, kisar santan, daun pandan dan jintan. Tapis bahan kisaran tersebut dan campur dengan gula, telur, garam dan tepung. Masak campuran tersebut di dalam periuk dengan api perlahan. Sentiasa kacau sehingga hampir pekat. Tuang adunan tersebut atas pulut tadi. Kukus selama 25-30 minit dengan api sederhana.
  4. Biar betul-betul sejuk baru dipotong.


NOTA: Masukkan daun pandan atau kulit kayu manis ke dalam air kukusan supaya lebih wangi. Masa nak kukus tu jangan lupa balut tudung pengukus dengan kitchen towel supaya wap air tak menitik atas kuih.





Kalau kat kampung aku org jual 4 keping seringgit. Dengar macam murah, tp bg aku mahal. Dah la kecik & nipis, pastu lapisan atas tu lembik semacam. Baik aku bt sendiri. Lagi sodap... Hehee... Puji sdiri pulok..





Selamat mencuba....